Thursday 27 March 2008

MAJLIS KESYUKURAN UPU LANGGAR

Satu lagi kenduri kesyukuran diadakan di DUN Peramu Jaya dan kali ini di UPU Langgar pula.
YDP PAS Kawasan Pekan merangkap bekas calon N.21 DUN Peramu Jaya, Ust. Abu Kassim Bin Manaf telah menghadiri ke majlis kesyukuran dan meraikan petugas-petugas PAS bagi UPU Langgar. Majlis ini diadakan di Markas PAS Cawangan Shahbandar bermula dengan solat maghrib.
Kemudian, ia disusuli dengan solat hajat, tahlil, penyampaian tazkirah dan diakhiri dengan solat insyak. Seramai lebih kurang 50 orang petugas-petugas PAS PRU12 telah hadir ke majlis ini.
Seterusnya, para jemaah telah dihidangkan dengan hidangan 'buffet' yang disediakan. Selepas menjamu selera, pihak UPU Langgar telah mengadakan tayangan LCD ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di Kedah bersempena dengan kemenangan PAS di negeri itu.
Kami di sini mendoakan agar negeri kami iaitu Pahang juga akan dapat diperintah oleh PAS pada PRU akan datang agar dapat didaulatkan Islam seluruhnya. Amin Ya Rabbal A'lamin...







YDP PAS Kawasan Pekan, Ust. Abu Kassim Manaf sedang menyampaikan tazkirah sempena berakhirnya PRU12 yang lalu.


Dari kiri: Hj. Alif, En. Abd Rahim (Setiausaha MTD Peramu Jaya) dan Ust. Abu Kassim sedang berbincang selepas menikmati hidangan yang disediakan.


Ust. Abu Kassim Manaf (kiri sekali) turut menonton tayangan LCD bersama ahli-ahli PAS yang lain.

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Webcam, I hope you enjoy. The address is http://webcam-brasil.blogspot.com. A hug.