Wednesday 12 March 2008

PENGUNDI PEKAN TERSILAP KERANA TIDAK MEMILIH PERUBAHAN


PRU12 baru sahaja melabuhkan tirai. Keputusan mengejutkan diperingkat negara telah menggamit suasana yang hiruk-pikuk dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. 3 orang Presiden Parti Komponen tumbang dan ramai Menteri Kabinet tersungkur dikaki Barisan Rakyat. Inilah padahnya, apabila mereka menolak Islam dan mencabuli demokrasi yang mereka sendiri menerimanya.

Keputusan di Pekan memihak kepada UMNO. Dato' Seri Najib berbangga kerana mendapat keputusan yang lebh baik berbanding PRU 11. Dengan majoriti lebih 26,000 Najib dah kira boleh eksyen dengan Paklah yang hanya mendapat majoriti setakat 11,000 undi sahaja. Pengundi PEKAN masih ramai yang lemah dalam percaturan politik apabila masih memilih pemimpin yang korupsi dan gila kuasa sedang saudara kita di Kelantan, Selangor, negeri-negeri di Utara telah memilih untuk berubah kepada kepimpinan yang bersih, amanah dan bekerja untuk rakyat dan negera.

Jentera PAS di Pekan pada awalnya merasa sangat kecewa dengan keputusan yang memihak kepada UMNO. semua 4 dun dipulun mereka. '1 Dun pun tak sangkut', kata orang Pekan. Namun selepas jam 8 malam, suasana berubah di Pejabat MTD Peramu Jaya. Sorakan dan Takbir bergema di Pejabat MTD Peramu Jaya apabila seorang demi seorang calon PAS, PKR dan DAP menang dalam percaturan pilihanraya kali ini. Keputusan Kelantan menang besar, Kedah jatuh ke tangan PAS, DAP ambil alih Penang, dan yang mengejutkan lagi Selangor dan Perak menjadi hak milik Barisan Alternatif betul-betul mengejutkan Jentera Pilihanraya PAS Pekan yang telah letih bertarung dengan Jentera Najib yang terkuat di Malaysia dan kecewa dengan kemenangan Najib dan konco-konconya di Pekan. Kami merasa seronok kerana dapat mengangkat muka hari esoknya kerana BA menang besar diperingkat negara sekalipun diperingkat kawasan kami, Najib masih menang.

Kami menunggu keputusan hingga 3.30 pagi. Sekejap mengadap TV dan sekejap berlari ke komputer-komputer untuk melihat keputusan dan maklumat di internet. Itulah senario dan pengalaman pilihanraya yang paling manis dalam hidup kami. Biar pun kalah dikampung sendiri tetapi kami menang digelanggang negeri jiran kami.


TAHNIAH buat Tok guru di Kelantan, Ustaz Azizan di Kedah, Tan Sri Khalid di Selangor dan Ustaz Ahmad Awang di Perak. Juga sekalong tahniah buat Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi di Terangganu kerana berjaya memimpin PAS hingga sampai ketahap ini.

Kami yakin, ini adalah gelombang permulaan. Pastinya kita akan lihat PRU13 akan menyaksikan perubahan besar pula di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Ramai pengundi atas pagar merasa terkilan kerana tidak dapat mengikut jejak negeri yang telah menang. Tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi tunggulah minyak naik nanti.

Kepada calon pilihanraya di Pekan, Sdr. Khairul Anuar (Parlimen Pekan), Ustaz Abu Kassim (Peramu Jaya), Kapten (B) Ahiatuddin (Bebar), Ustaz Ahmad Othman (Pulau Manis) dan Ustaz Fadhilnor (Chini) jangan lah merasa kecewa. Kuatkan langkah kita, kami Jentera parti akan tetap berdiri teguh untuk terus menggempur kubu UMNO di Pekan ini dan bersedia bekerja sehingga mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah.

Jentera kami menjadi makin kuat dengan keputusan PRU12 ini. Kerja untuk menang perlu dilaksanakan bermula hari ini hinggalah hari mengundi PRU13.

Takbir..Allahuakbar

No comments: