Thursday 15 March 2012

CERAMAH MAT SABU DI PARLIMEN PEKAN DIGANGGU

14 Mac 2012, Kg Siang Miang dalam Parlimen Pekan mencatatkan sejarah hitam demokrasi tanahair apabila ceramah Umum Pakatan Rakyat cuba diganggu oleh UMNO Bahagian Pekan.

Ceramah UMUM menjelang pilihanraya ke 13 itu membariskan Pemidato hebat yang pasti digeruni UMNO Pekan terutama Pengerusinya Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Antara barisan penceramah pada malam tersebut adalah bekas blogger UMNO Sdr. Aspan Alias, bekas ADUN UMNO Dun Pulau Manis Dato' Ariff Sobri dan yang paling digeruni adalah Tuan Haji Muhammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

UMNO memecah tradisi di Parlimen Pekan apabila mengadakan ceramah Umum disebelah lokasi ceramah anjuran PAS Kawasan Pekan. Mungkin tidak dengan media massa telivisyen dan akhbar arus perdana sehingga UMNO Pekan terpaksa mengadakan Ceramah Umum yang tidak biasa diadakan di Parlimen Pekan. Kata Timbalan Presiden " Mungkin UMNO Pekan nak belajar jadi pembangkang kerana membayangkan selepas PRU13 nanti mereka tidak lagi boleh menguasai TV dan Akhbar arus perdana".

Ceramah Umum UMNO mensasarkan penceramah dari Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kata-kata kutukan dan makin hamun ketika penceramah mula berucap. Tidak cukup dengan itu mereka menghantar 'budak-budak' UMNO untuk membuat bising diluar lokasi ceramah Pakatan Rakyat bagi mengganggu ceramah terutama Dato' Ariff Sobri dan Hj Muhamad Sabu. Namun tindakan mereka itu menunjukkan kebodohan UMNO Pekan dan menimbulkan kebencian rakyat Pekan yang hadir pada malam ceramah tersebut. Ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengumpul hampir 1,000 pengundi Pekan manakala UMNO pula ada lebih kurang 200 orang ahli mereka.

Tuan Haji Muhamad Sabu mempertikaikan pihak berkuasa kerana gagal menangani perkara tersebut dan sepatutnya tidak membenarkan UMNO mengadakan ceramah di lokasi yang sama. Dan yang paling mengejutkan Rakyat Pekan pada malam tersebut adalah pihak polis tidak mengadakan sekatan jalan raya yang biasanya wajib diadakan apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah Umum di Parlimen Pekan. Mungkin mereka bimbang ahli UMNO tidak dapat sampai ke lokasi ceramah kerana mereka sebenarnya di import dari luar kawasan ceramah.

Berikut adalah gambar untuk dikongsi bersama..


















W

3 comments:

Anonymous said...

ceramah mat sabu yang penuh dengan pembohongan dan yang hadir hanyalah sekitar 300 org...janganlah nak menipu..dlm ceramah menipu...buat laporan pun menipu...UMNO pekan tak pernah takut dengan ancaman pas...yang nampak menyokongnya hanyalah org tua2 yang tak mampu berbuat apa2...

UstazJohn said...

Tanda-tanda seorang itu PENAKUT, PONDAN, BACUL ialah apabila dia mengUPAH bebudok BANGANG pergi kacau tempat orang dan menjerit-jerit macam BEROK kt tepi pagar sedangkan orang tak kacau dia pun, jadi..kesimpulannya memang UMNO Pekan PENAKUT dan PENIPU BESAAAAR !!!

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK