Friday 22 April 2011

Jawatan Presiden, Timbalan ikut syura - Naib Presiden

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diputuskan mengikut kaedah syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik.

Tambahnya, dalam masa yang sama hak ahli untuk memilih pemimpin masing-masing tidak pula dinafikan.

“Saya lebih cenderung jika jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti diputuskan mengikut kaedah syura, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menafikan hak ahli untuk memilih kepimpinan.

“Kepada saya kaedah ini lebih baik dan praktikal demi untuk menggabungkan kepimpinan terbaik dan lebih fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) daripada berkempen dan bersaing sesama sendiri,” katanya

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011 – 2013 walaupun sudah mula menerima pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang bermesyuarat agung.

Pada ketika ini, beliau mendapat tidak kurang daripada 10 pencalonan.

Tuan Ibrahim merupakan calon Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Muktamar tahun 2009. Tahun ini beberapa kawasan mencalonkan beliau bertanding Timbalan tetapi beliau telah menolaknya dan hanya berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib.

Pada ketika ini hanya Haji Muhamad Sabu yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.

“Apa-apapun, saya fikir fokus kepada PRU itu lebih penting kerana kita membawa amanah yang berat daripada rakyat iaitu untuk melakukan perubahan kepada sistem dan pentadbiran negara. Jadi persoalan pencalonan perjawatan itu kita letaklah ke nombor dua walaupun memilih pemimpin juga penting dan di situ ada hak ahli,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan PRU ke 13 akan berlaku tahun ini juga dan berharap semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia.

“Walaupun BN hanya menguasai 55 % undi popular dan klah di semua peti undi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita jangka (PM) Najib tidak akan menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU. Apa lagi pemilihan Umno hanya ditangguhkan selama 18 bulan daripada tahun lalu,” katanya.

Bagi keputusan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berpendapat parti-parti yang berasaskan perkauman akan terpinggir pada masa depan dan tidak akan relevan lagi.

“Melihat kepada kekalahan teruk parti SUPP dan SNAP, gambaran jelas pada masa depan ialah parti bercorak perkauman tidak akan relevan lagi,” jelasnya.

PAS PEKAN SELESAI BERMUKTAMAR , BERSIAP UNTUK PRU13

PAS Kawasan Pekan pada 17 April 2011 telah selesai mengadakan Muktamar Agong Kawasan bagi kali ke 23. Perasmian Multamar disempurkan oleh Tuan Hj Mohd bin Sabu, AJK PAS Pusat.

Didalam ucapan perasmian Hj Mohd Sabu, beliau mengingatkan kepada pimpinan PAS semua peringkat supaya sentiasa mencerminkan gaya hidup seorang pemimpin Islam. Bergaya dengan kenderaan mewah, rumah besar dan gaya hidup mewah akan ' menjelekkan ' masyarakat kepada pemimpin Parti Islam itu sendiri. Masyarakat dan pengundi sentiasa melihat dan meneliti perbezaan diantara PAS dan pimpinan UMNO. Beliau suka mengajak ahli PAS dan pimpinan pelbagai peringkat berfikir bagaimana sebuah parti yang bukan berteraskan Islam seperti DAP mampu menonjolkan pemimpin yang hidup serba sederhana seperti Lim Guan Eng, Kit Siang dan beberapa pimpinan DAP yang lain.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mengajak semua ahli PAS bersatu padu dan bekerja keras memandangkan PRU ke 13 sudah hampir dan tanda-tanda pembubaran Parlimen makin terserlah. PAS Pekan, katanya mempunyai tanggungjawab dan harapan besar ahli-ahli PAS seluruh negara untuk menumbang gergasi Barisan Nasional. Adalah tidak mustahil kerana PAS Kawasan Pekan pernah menafikan majoriti besar Najib apabila pernah pada tahun 1999 hampir membenam Najib dengan kekalahan tipis 241 undi.

PAS Pekan pada kali ini telah mengekalkan 2 jawatan YDP dan Timbalan YDP kepada Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani. Kedua-dua tonggak pimpinan PAS Kawasan Pekan tersebut telah diberi kepercayaaan untuk memimpin PAS menghadapi PRU ke 13 yang mendatang. Naib YDP dan Ahli Jawatan Kuasa membariskan muka lama dan baru pada pemilihan tersebut.

Muktamar ditangguhkan pada jam 3.30 petang..

Berikut adalah sebahagian photo untuk dikongsi bersama ;




















Monday 18 April 2011

Sunday 17 April 2011

PEJUANG PAS KELANTAN MENINGGAL DI PERBATASAN

Petugas PAS dari Kelantan meninggal
Oleh : Nazri Abdullah

BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini.

Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro.

Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang.

Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini.

Sekarang sedang menunggu pihak hospital datang untuk membawa jenazah ke hospitak Betong.

Pimpinan yang ada di sini selain calon, Yb Zaki timbalan speaker kelantan, baihaqi atiqullah, yb che lah, yb fatah harun.

Jenazah dijangka dibawa pulang esk, pihak keluarga telah dimaklumkan.

Saturday 16 April 2011

DEWAN PEMUDA PAS SELESAI BERMUKTAR

10 April 2011, Chini Timur 2 telah berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 25. Muktamar kali ini dirasmikan oleh Pimpinan Pemuda dari Pusat iaitu Al Fadhil Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Turut hadir mewakili PAS Kawasan Pekan adalah Sdr. Sanusi Ketua Penerangan PAS Kawasan Pekan.

Program bermula 8.30 pagi dengan kehadiran perwakilan seramai hampir 30 orang. Pada tahun ini 3 ahli pemuda PAS Kawasan Pekan telah bersara kerana lewat umur melebihi 40 tahun. Mereka adalah Ustaz Mohd Fadhillah, Sdr. Muhammad Naim dan Sdr. Azmi bin Teh.
Dewan pada hari tersebut telah menyumbang cenderahati diatas khidmat dan sumbangan mereka didalam Dewan Pemuda hampir 15 tahun.

Pada tahun ini juga diadakan pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru bagi sessi 2011/2013. Jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan kekal disandang oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim manakala Timbalan dan Naib Ketua disandang oleh Ustaz Azizur dan Ustaz Abdul Harith. 10 Ahli Jawatan Kuasa dan 5 Ahli Jawatan Kuasa tambahan telah dilantik dengan ramai muka baru dari PAS Jaya Gading dan Chini menyertai pemuda pada kali ini.

Ketua Pemuda yang baru sessi 2011/2013 mengingatkan bahawa jawatan yang diberikan perwakilan adalah amanah dari Allah , dan amat berharap supaya mereka yang melantik jangan hanya pandai menyerahkan jawatan kepada AJK tetapi mestilah sama-sama metidak memberikan sokongan dalam program dan aktiviti yang akan diadakan nanti.

Muktamar berakhir pada jam 1.00 petang.













Saturday 2 April 2011

MESYUARAT AGONG MUSLIMAT PAS PEKAN

HEBAHAN !

MESYUARAT AGONG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN PEKAN

TARIKH : 3 MAC 2011 ( AHAD )

MASA : 8.00 PAGI ( PENDAFTARAN) 9.00 PAGI ( PERASMIAN )

TEMPAT : DEWAN UTAMA, MADRASAH AL HUSNA, 26600 PEKAN

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

LYNAS ! HANTAR KEMBALI KE AUSTRALIA


PM patut membuat keputusan segera tentang status LYnas di Gebeng Kuantan. Jangan kerana pembangunan PM dan MB Dato Nan sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat negeri Pahang.

Apa kata kalau PM dan Dato Nan pindah tinggal di Gebeng. Adakah berani mereka ??

Wahai pemimpin ? Dengarlah rintihan rakyat, Lihat apa sudah berlaku kepada negara maju Jepun !!






posted by : Lajnah IT, DPPP