Monday, 16 May 2011
Sunday, 8 May 2011
PAS : UTUSAN MAKIN MELAMPAU
“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.
Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
PAS: Islam agama rasmi
“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.
PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.
“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.
"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.
Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.
“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.
Sumber : http://www.malaysiakini.com
Friday, 22 April 2011
Jawatan Presiden, Timbalan ikut syura - Naib Presiden
Tambahnya, dalam masa yang sama hak ahli untuk memilih pemimpin masing-masing tidak pula dinafikan.
“Saya lebih cenderung jika jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti diputuskan mengikut kaedah syura, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menafikan hak ahli untuk memilih kepimpinan.
“Kepada saya kaedah ini lebih baik dan praktikal demi untuk menggabungkan kepimpinan terbaik dan lebih fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) daripada berkempen dan bersaing sesama sendiri,” katanya
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011 – 2013 walaupun sudah mula menerima pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang bermesyuarat agung.
Pada ketika ini, beliau mendapat tidak kurang daripada 10 pencalonan.
Tuan Ibrahim merupakan calon Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Muktamar tahun 2009. Tahun ini beberapa kawasan mencalonkan beliau bertanding Timbalan tetapi beliau telah menolaknya dan hanya berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib.
Pada ketika ini hanya Haji Muhamad Sabu yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.
“Apa-apapun, saya fikir fokus kepada PRU itu lebih penting kerana kita membawa amanah yang berat daripada rakyat iaitu untuk melakukan perubahan kepada sistem dan pentadbiran negara. Jadi persoalan pencalonan perjawatan itu kita letaklah ke nombor dua walaupun memilih pemimpin juga penting dan di situ ada hak ahli,” tegasnya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan PRU ke 13 akan berlaku tahun ini juga dan berharap semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia.
“Walaupun BN hanya menguasai 55 % undi popular dan klah di semua peti undi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita jangka (PM) Najib tidak akan menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU. Apa lagi pemilihan Umno hanya ditangguhkan selama 18 bulan daripada tahun lalu,” katanya.
Bagi keputusan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berpendapat parti-parti yang berasaskan perkauman akan terpinggir pada masa depan dan tidak akan relevan lagi.
“Melihat kepada kekalahan teruk parti SUPP dan SNAP, gambaran jelas pada masa depan ialah parti bercorak perkauman tidak akan relevan lagi,” jelasnya.
PAS PEKAN SELESAI BERMUKTAMAR , BERSIAP UNTUK PRU13
Didalam ucapan perasmian Hj Mohd Sabu, beliau mengingatkan kepada pimpinan PAS semua peringkat supaya sentiasa mencerminkan gaya hidup seorang pemimpin Islam. Bergaya dengan kenderaan mewah, rumah besar dan gaya hidup mewah akan ' menjelekkan ' masyarakat kepada pemimpin Parti Islam itu sendiri. Masyarakat dan pengundi sentiasa melihat dan meneliti perbezaan diantara PAS dan pimpinan UMNO. Beliau suka mengajak ahli PAS dan pimpinan pelbagai peringkat berfikir bagaimana sebuah parti yang bukan berteraskan Islam seperti DAP mampu menonjolkan pemimpin yang hidup serba sederhana seperti Lim Guan Eng, Kit Siang dan beberapa pimpinan DAP yang lain.
Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mengajak semua ahli PAS bersatu padu dan bekerja keras memandangkan PRU ke 13 sudah hampir dan tanda-tanda pembubaran Parlimen makin terserlah. PAS Pekan, katanya mempunyai tanggungjawab dan harapan besar ahli-ahli PAS seluruh negara untuk menumbang gergasi Barisan Nasional. Adalah tidak mustahil kerana PAS Kawasan Pekan pernah menafikan majoriti besar Najib apabila pernah pada tahun 1999 hampir membenam Najib dengan kekalahan tipis 241 undi.
PAS Pekan pada kali ini telah mengekalkan 2 jawatan YDP dan Timbalan YDP kepada Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani. Kedua-dua tonggak pimpinan PAS Kawasan Pekan tersebut telah diberi kepercayaaan untuk memimpin PAS menghadapi PRU ke 13 yang mendatang. Naib YDP dan Ahli Jawatan Kuasa membariskan muka lama dan baru pada pemilihan tersebut.
Muktamar ditangguhkan pada jam 3.30 petang..
Berikut adalah sebahagian photo untuk dikongsi bersama ;
Monday, 18 April 2011
Sunday, 17 April 2011
PEJUANG PAS KELANTAN MENINGGAL DI PERBATASAN
Oleh : Nazri Abdullah |
Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro. Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang. Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini. |
Saturday, 16 April 2011
DEWAN PEMUDA PAS SELESAI BERMUKTAR
Program bermula 8.30 pagi dengan kehadiran perwakilan seramai hampir 30 orang. Pada tahun ini 3 ahli pemuda PAS Kawasan Pekan telah bersara kerana lewat umur melebihi 40 tahun. Mereka adalah Ustaz Mohd Fadhillah, Sdr. Muhammad Naim dan Sdr. Azmi bin Teh.
Dewan pada hari tersebut telah menyumbang cenderahati diatas khidmat dan sumbangan mereka didalam Dewan Pemuda hampir 15 tahun.
Pada tahun ini juga diadakan pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru bagi sessi 2011/2013. Jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan kekal disandang oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim manakala Timbalan dan Naib Ketua disandang oleh Ustaz Azizur dan Ustaz Abdul Harith. 10 Ahli Jawatan Kuasa dan 5 Ahli Jawatan Kuasa tambahan telah dilantik dengan ramai muka baru dari PAS Jaya Gading dan Chini menyertai pemuda pada kali ini.
Ketua Pemuda yang baru sessi 2011/2013 mengingatkan bahawa jawatan yang diberikan perwakilan adalah amanah dari Allah , dan amat berharap supaya mereka yang melantik jangan hanya pandai menyerahkan jawatan kepada AJK tetapi mestilah sama-sama metidak memberikan sokongan dalam program dan aktiviti yang akan diadakan nanti.
Muktamar berakhir pada jam 1.00 petang.
Saturday, 2 April 2011
MESYUARAT AGONG MUSLIMAT PAS PEKAN
LYNAS ! HANTAR KEMBALI KE AUSTRALIA

PM patut membuat keputusan segera tentang status LYnas di Gebeng Kuantan. Jangan kerana pembangunan PM dan MB Dato Nan sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat negeri Pahang.
Apa kata kalau PM dan Dato Nan pindah tinggal di Gebeng. Adakah berani mereka ??
Wahai pemimpin ? Dengarlah rintihan rakyat, Lihat apa sudah berlaku kepada negara maju Jepun !!
posted by : Lajnah IT, DPPP
Friday, 18 February 2011
PRK SERENTAK ! MERLIMAU & KERDAU
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau. Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.
Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.
Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
Posted by : Lajnah IT, DPP Pekan
kredit untuk : http://www.malaysiakini.com/news/156429
Monday, 14 February 2011
PENINGKATAN UNDI MELAMPAU DI PEKAN !
Sumber : Harakahdaily |
TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan. |
Sunday, 13 February 2011
PAS Pahang ucap takziah
Harakahdaily |
Sebelum ini, Zaharuddin telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi PRK. N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Tuan Ibrahim. Posted by : Lajnah IT, DPP Pekan |
ADUN Kerdau meninggal dunia
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.
"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.
Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.
Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.
Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.
Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
12 wakil rakyat meninggal dunia
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.
Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.
Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.
Posted by Lajnah IT, DPP Pekan
Monday, 22 November 2010
Selamat Menyambut Idul Adha 1431H
Sunday, 17 October 2010
Kunjungan Muhibbah PAS Kawasan Pekan Kepada Ketua Polis Pekan


Satu kunjungan m

Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua Ustaz Abu Kassim Manaf. Turut hadir adalah Naib Yang Dipertua (Hj. Abu Kassim Abd, Ghani, Ketua Urusan Ulamak (Ustaz Othman Bakar), Setiausaha (Kapt. (B) Ahiatudin Daud dan AJK-AJK iaitu Mohd Nazhar Othman, Hjh. Hamidah Mohd Amin dan Roshayati Yahaya.
Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan persefahaman. Majlis berlangsung selama lebih kurang 1 jam.
Pihak PAS Kawasan merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah kerana melayani rombongan dengan begitu mesra sekali.
