

24hb October 2007, PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga Jabatan Pilihanraya Negeri di Padang Awam Taman Sepekan Jaya. Tenaga Pakar JPN juga terlibat didalam program ini. Acara bermula pagi iaitu acara sukaneka yang sepenuhnya dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Pekan yang diketuai oleh Sdr. Khairi. Acara mewarna untuk pelajar PASTI pula diadakan di perkarangan Surau Al Ehsan.
Jaya. Kehadiaran keluarga ahli PAS Kawasan Pekan dan penduduk sekitar Sepekan Jaya dianggarkan 500 orang. Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Ehsan juga telah memberi kerjasama sepenuhnya menjayakan program ini yang mana Pengerusinya Sdr. Syed Abdul Raffar berharap program sebegini boleh diadakan lagi untuk mengikat ukhwah sesama jemaah dan kejiranan Sepekan Jaya.




