Sunday 28 February 2010

EKSPO PENERANGAN PAS NEGERI








Bermula petang Jumaat 26 Febuari 2010 dikemeriahan sambutan hari lahir manusia agung Rasul SAW , pihak Penerangan PAS Negeri Pahang telah berjaya mengadakan Hari atau Ekspo Penerangan Negeri yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS YB Hj. Abdul Hadi Awang sempena lawatan kerja tuan guru ke Negeri Pahang Darul Makmur.

Kesempatan yang ada digarap sepenuhnya oleh PAS Kawasan Pekan dengan menyertai ekspo berkenaan dengan mempamirkan semaksima mungkin maklumat serta penerangan berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh PAS Kawasan serta dewan-dewan yang ada di bawah PAS Kawasan.

Muslimat dengan data yang baik ,Dewan Pemuda dengan aktiviti pemuda yang hebat serta Nisa Kawasan yang rata-rata turun dari Kawasan Pekan dengan penerangan lengkap untuk dikongsi bersama oleh rakyat Negeri Pahang.

Program yang berakhir pada Ahad 28 Febuari 2010 telah mempamirkan kerjasama jawatankuasa kawasan yang baik di bawah pimpinan AF Ketua Ulamak Negeri yang merupakan YDP PAS Pekan Ust. Abu Kassim Manaf.

Pas Pekan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada dari kawasan atau pihak negeri sendiri yang menjayakan ekspo penerangan ini.Tidak lupa kepada orang kuat penerangan kawasan iaitu Saudara Sanusi Abd Rahman yang memberikan komitmen padu bagi menjayakan ekspo berkenaan.