Thursday 27 March 2008

MAJLIS KESYUKURAN UPU LANGGAR

Satu lagi kenduri kesyukuran diadakan di DUN Peramu Jaya dan kali ini di UPU Langgar pula.
YDP PAS Kawasan Pekan merangkap bekas calon N.21 DUN Peramu Jaya, Ust. Abu Kassim Bin Manaf telah menghadiri ke majlis kesyukuran dan meraikan petugas-petugas PAS bagi UPU Langgar. Majlis ini diadakan di Markas PAS Cawangan Shahbandar bermula dengan solat maghrib.
Kemudian, ia disusuli dengan solat hajat, tahlil, penyampaian tazkirah dan diakhiri dengan solat insyak. Seramai lebih kurang 50 orang petugas-petugas PAS PRU12 telah hadir ke majlis ini.
Seterusnya, para jemaah telah dihidangkan dengan hidangan 'buffet' yang disediakan. Selepas menjamu selera, pihak UPU Langgar telah mengadakan tayangan LCD ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di Kedah bersempena dengan kemenangan PAS di negeri itu.
Kami di sini mendoakan agar negeri kami iaitu Pahang juga akan dapat diperintah oleh PAS pada PRU akan datang agar dapat didaulatkan Islam seluruhnya. Amin Ya Rabbal A'lamin...







YDP PAS Kawasan Pekan, Ust. Abu Kassim Manaf sedang menyampaikan tazkirah sempena berakhirnya PRU12 yang lalu.


Dari kiri: Hj. Alif, En. Abd Rahim (Setiausaha MTD Peramu Jaya) dan Ust. Abu Kassim sedang berbincang selepas menikmati hidangan yang disediakan.


Ust. Abu Kassim Manaf (kiri sekali) turut menonton tayangan LCD bersama ahli-ahli PAS yang lain.

Tuesday 25 March 2008

KENDURI KESYUKURAN DI UPU KETAPANG






Bekas calon DUN Peramu Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Pekan, Ust. Abu Kassim bin Manaf telah menghadiri ke majlis meraikan petugas-petugas PAS di UPU Ketapang. Majlis ini bermula pada jam 9.30 malam bertempat di Markas Ketapang Hilir. Para tetamu dijamukan dengan masakan ikan dan ayam BBQ.



Ketua PAS Cawangan Ketapang, Ust. Mohd Iqbal (berbaju merah), Ust. Abu Kassim (berjubah hijau) dan Setiausaha MTD Peramu Jaya, En. Abd Rahim (kanan sekali) dilihat sedang menjamu selera bersama-sama.


Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan, Dr. Harison (duduk tengah) turut hadir di majlis tersebut.

Saturday 22 March 2008

KENDURI KESYUKURAN DI KUALA PAHANG






Walaupun Keputusan PRU12 di kawasan Pekan tidak begitu membanggakan, ahli-ahli PAS di sini tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran untuk petugas-petugas.

Baru-baru ini, UPU Kuala Pahang telah mengadakan kenduri kesyukuran di markas cawangan Kuala Pahang. Sebanyak seekor lembu telah dikorbankan dan ramai petugas PAS PRU12 telah hadir. Majlis dimulakan selepas solat Jumaat di Masjid Kuala Pahang.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah bekas calon DUN Peramu Jaya Ust. Abu Kassim Manaf, calon DUN Bebar Kapt (B) Ahiatudin Daud dan calon DUN Pulau Manis Ust. Othman Bakar. Gambar-gambar di atas dapat dijadikan sebagai kenangan untuk dikongsi bersama.

KENDURI KESYUKURAN DI KUALA PAHANG

Wednesday 12 March 2008

PENGUNDI PEKAN TERSILAP KERANA TIDAK MEMILIH PERUBAHAN


PRU12 baru sahaja melabuhkan tirai. Keputusan mengejutkan diperingkat negara telah menggamit suasana yang hiruk-pikuk dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. 3 orang Presiden Parti Komponen tumbang dan ramai Menteri Kabinet tersungkur dikaki Barisan Rakyat. Inilah padahnya, apabila mereka menolak Islam dan mencabuli demokrasi yang mereka sendiri menerimanya.

Keputusan di Pekan memihak kepada UMNO. Dato' Seri Najib berbangga kerana mendapat keputusan yang lebh baik berbanding PRU 11. Dengan majoriti lebih 26,000 Najib dah kira boleh eksyen dengan Paklah yang hanya mendapat majoriti setakat 11,000 undi sahaja. Pengundi PEKAN masih ramai yang lemah dalam percaturan politik apabila masih memilih pemimpin yang korupsi dan gila kuasa sedang saudara kita di Kelantan, Selangor, negeri-negeri di Utara telah memilih untuk berubah kepada kepimpinan yang bersih, amanah dan bekerja untuk rakyat dan negera.

Jentera PAS di Pekan pada awalnya merasa sangat kecewa dengan keputusan yang memihak kepada UMNO. semua 4 dun dipulun mereka. '1 Dun pun tak sangkut', kata orang Pekan. Namun selepas jam 8 malam, suasana berubah di Pejabat MTD Peramu Jaya. Sorakan dan Takbir bergema di Pejabat MTD Peramu Jaya apabila seorang demi seorang calon PAS, PKR dan DAP menang dalam percaturan pilihanraya kali ini. Keputusan Kelantan menang besar, Kedah jatuh ke tangan PAS, DAP ambil alih Penang, dan yang mengejutkan lagi Selangor dan Perak menjadi hak milik Barisan Alternatif betul-betul mengejutkan Jentera Pilihanraya PAS Pekan yang telah letih bertarung dengan Jentera Najib yang terkuat di Malaysia dan kecewa dengan kemenangan Najib dan konco-konconya di Pekan. Kami merasa seronok kerana dapat mengangkat muka hari esoknya kerana BA menang besar diperingkat negara sekalipun diperingkat kawasan kami, Najib masih menang.

Kami menunggu keputusan hingga 3.30 pagi. Sekejap mengadap TV dan sekejap berlari ke komputer-komputer untuk melihat keputusan dan maklumat di internet. Itulah senario dan pengalaman pilihanraya yang paling manis dalam hidup kami. Biar pun kalah dikampung sendiri tetapi kami menang digelanggang negeri jiran kami.


TAHNIAH buat Tok guru di Kelantan, Ustaz Azizan di Kedah, Tan Sri Khalid di Selangor dan Ustaz Ahmad Awang di Perak. Juga sekalong tahniah buat Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi di Terangganu kerana berjaya memimpin PAS hingga sampai ketahap ini.

Kami yakin, ini adalah gelombang permulaan. Pastinya kita akan lihat PRU13 akan menyaksikan perubahan besar pula di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Ramai pengundi atas pagar merasa terkilan kerana tidak dapat mengikut jejak negeri yang telah menang. Tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi tunggulah minyak naik nanti.

Kepada calon pilihanraya di Pekan, Sdr. Khairul Anuar (Parlimen Pekan), Ustaz Abu Kassim (Peramu Jaya), Kapten (B) Ahiatuddin (Bebar), Ustaz Ahmad Othman (Pulau Manis) dan Ustaz Fadhilnor (Chini) jangan lah merasa kecewa. Kuatkan langkah kita, kami Jentera parti akan tetap berdiri teguh untuk terus menggempur kubu UMNO di Pekan ini dan bersedia bekerja sehingga mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah.

Jentera kami menjadi makin kuat dengan keputusan PRU12 ini. Kerja untuk menang perlu dilaksanakan bermula hari ini hinggalah hari mengundi PRU13.

Takbir..Allahuakbar

Monday 3 March 2008

KEMPEN NAJIB 2004 BELUM DITUNAIKAN - TENAGA KERJA KILANG KERETA PEKAN KECEWA LAGI!



PILIHANRAYA 2004 (PRU11), NAJIB BERKEMPEN BEGITU HANGAT DENGAN MASUK KE SEMUA KILANG-KILANG YANG ADA DI PEKAN. TAK CUKUP DENGAN ITU, NAJIB MASUK KE KAMPUNG2 UNTUK BERTEMU DENGAN PEKERJA INI DISEBELAH MALAM UNTUK BERKEMPEN.

MAKA MENJAJALAH NAJIB PADA MASA ITU..." SAYA AKAN PASTIKAN SYARIKAT KITA AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH, DAN DENGAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH MAKA SOAL KENAIKAN GAJI, SOAL BONUS, SOAL KEBAJIKAN AKAN TERJAMIN. SUNGGUH MENAKJUBKAN JANJI NAJIB KETIKA ITU, MEREKA YANG MENDENGAR PASTI AKAN TERTARIK. AKHIRNYA, KEPUTUSAN PRU11 MELIHATKAN KEMENANGAN NAJIB DENGAN MAJORITI YANG BESAR HASIL SEBAHAGIANNYA ADALAH UNDI KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN DAN JUGA UNDI TENTERA KEM BATU 10 GAMBANG.

TAPI 4 TAHUN TELAH BERLALU. NASIB KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN LANGSUNG TIDAK TERBELA. GAJI MEREKA TELAH BEBERAPA TAHUN TIDAK NAIK, GAJI STATIK TETAPI HARGA BARANG KEPERLUAN TERUS NAIK. BONUS YANG DULU DINIKMATI SEKURANG-KURANG SEBULAN TERUS TIADA BAYANGNYA. KINI SUDAH MASUK TAHUN KETIGA GAJI TAK NAIK DAN BONUS PUN TIADA. ITULAH NASIB PENGUNDI NAJIB YANG MEMBELI JANJI NAJIB DENGAN UNDI-UNDI MEREKA. NAMUN JANJI TELAH DIBAYAR TETAPI BARANGAN YANG DIBELI MASIH BELUM DITERIMA.

BARU-BARU NAJIB MEMBERANIKAN DIRI DATANG LAGI KE KOMPLEKS KILANG KERETA DI PEKAN. DENGAN UMPAN ORANG BULAN, MAKA NAJIB MENGIMPORT PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAN KAKITANGAN KILANG KERETA YANG TERPILIH UNTUK SEKALI LAGI MENJAJA JANJI. MENGIKUT CERITA KAKITANGAN KILANG KERETA YANG DITEMUI, PENGURUSAN SYARIKAT TELAH AWAL LAGI MEMBUAT 'WARNING' KEPADA SEMUA PEKERJA YANG TERPILIH SUPAYA TIDAK MENUNJUKKAN SIKAP BURUK KEPADA NAJIB SEPERTI 'BOOOO' DAN MEMBUAT BISING KETIKA NAJIB BERUCAP. SEBENARNYA KEJADIAN INI PERNAH BERLAKU DI KILANG MEMBUAT LORI TEMPATAN. NAJIB PERNAH DI BOOO OLEH KAKITANGAN PADA SATU MAJLIS BESAR PERASMIAN JENAMA BARU KENDERAAN DISITU. NAJIB BETUL-BETUL SERIK DENGAN PEEL PEKERJA INI.
PENGURUSAN SYARIKAT MELETAKKAN SEORANG EKSEKUTIF DISETIAP MEJA KAKITANGA BIASA INI UNTUK MENANGKAP SESIAPA YANG MEMBUAT ONAR KEPADA MAJLIS NAJIB. BEGITU SEKALI NASIB ORANG YANG MUNGKIR KEPADA JANJI MEREKA.

HASIL BORAK-BORAK DAN CERITA KAKITANGAN BAWAHAN, MEREKA AKAN MELAKUKAN SILENT PROTEST KEPADA NAJIB DAN PENGURUSAN KILANG. MEREKA AKAN MENGUNDI BARISAN ALTERNATIF KALI INI. MEREKA TIDAK DAPAT BERSABAR LAGI. RAKAN MEREKA RAMAI YANG TELAH KEHILANGAN KERJA KERANA KILANG TUTUP. ADA 4 BUAH KILANG YANG DULUNYA BERNAUNG DIBAWAH SYARIKAT BESAR KILANG KERETA INI TUTUP BEGITU SAHAJA. HAMPIR 400 ORANG KEHILANGAN KERJA YANG SEBAHAGIAN BESARNYA ANAK PEKAN JATI. NAMUN, AHLI PARLIMEN MEREKA TIDAK MEMBUAT APA-APA. JANJI MASIH BELUM DITUNAIKAN...

" KAMI AKAN MEMBUAT SILENT PROTEST(PROTEST

Saturday 1 March 2008