Tuesday 21 September 2010

SAMBUTAN EIDUL FITRI PAS PEKAN

Oleh ; Lajnah IT DPPP

19 September 2010 - PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan hari terbuka bagi menyambut Hari Raya Eidul Fitri peringkat Kawasan Pekan. Program yang menjadi agenda tahunan PAS Kawasan Pekan ini diadakan di Perkarangan kediamanan Haji Zainuddin ( Abang Din ) di Kampung Pelangkah bersebelahan Masjid baru Daerah Pekan.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu telah dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dari daerah Pekan termasuk kakitangan kerajaan, warga kilang DRB-Hicom, kakitangan swasta, peniaga, peneroka dan pesara yang menyokong kepada perjuangan PAS sejak dahulu lagi. Kehadiran sangat meriah dengan kehadiran dianggarkan hampir 700 orang.

Program dimulai dengan ucapan aluan YDP PAS Kawasan Pekan merangkap Ketua Urusan Ulama' PAS Negeri Pahang Al Fadhil Ustaz Abu Kasim bin Manaf. Dalam ucapan beliau, YDP merasa terharu dan berterima-kasih diatas kehadiran tetamu pada hari tersebut. Beliau mewakili seluruh AJK PAS Kawasan Pekan, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada tetamu yang hadir.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai kanak-kanak dan YDP bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Pekan Dr. Harison berkesempatan menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Para hadirin dijamu dengan pelbagai juadah seperti nasi himpit, nasi dagang, ketupat pulut, sate, karipap dan pelbagai juadah lain. Kanak-kanak pula begitu gembira apabila setiap mereka dapat menikmati ais krim yang didatangkan khas ke majlis tersebut.

Majlis bersurai sekitar jam 5.00 petang.
Berikut Photo untuk tatapan semua..

















Saturday 18 September 2010



Lajnah IT - DPPP

Friday 10 September 2010

Tuesday 7 September 2010

Sumbangan Aidilfitri UPU Langgar

U.P.U. LANGGAR, 6 Sept: PAS Kawasan Pekan sekali lagi mengagihkan sumbangan Aidilfitri. Kali ini bertempat di Unit Peti Undi (UPU) Langgar. Seramai 40 buah keluarga yang terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal telah mendapat sedikit bantuan berupa barangan keperluan dapur.



Monday 6 September 2010

BERMULANYA KEZALIMAN FELDA DI GUGUSAN CHINI


Hampir 30 tahun Sdr Sulaiman bin Mat yang beralamat No 80.blok 4 Chini 02 mengusahakan tanah terbiar milik felda dan minggu lepas ia berakhir apabila segala usahanya habis ditolak bagai padang jarak padang terkukur dengan alasan pembangunan.

Segala pokok buah-buahan seperti pisang, tebu,rambutan habis sama sekali Turut sekali habis pagar zink dan batu bata. Kekesalanya ialah mengapa pehak Felda tidak memaklumkan semasa kerja-kerja dilakukan membuatkan barang-barang yang berharga dan buah-buahan tidak dapat diselamatkan..









Sumber: gayapeneroka.blogspot.com

Saturday 4 September 2010

PAS PEKAN ZIARAH HOSPITAL

Oleh : Lajnah IT, DPPP

3hb September 2010, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pekan diketuai YDP Ustaz Abu Kassim bin Manaf telah mengadakan program ziarah ke wad-wad Hospital Pekan bagi tujuan menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Program yang disertai oleh beberapa AJK PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat itu telah menjadi program tahunan PAS Pekan dan sambutan yang diterima oleh kakitangan Hospital Pekan adalah amat baik sekali.

Program yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu telah menjaya bertemu dan menyerahkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad lelaki, Wad kanak-kanak dan Muslimat kawasan pula mengadakan ziarah ke Wad wanita ditingkat 2 Hospital Pekan. Kakitangan hospital yang bertugas di wad-wad yang dikunjungi pada hari itu juga tidak dilupakan dan diberikan sumbangan berupa kuih raya. Sambutan rombongan PAS telah menjadi kejutan kepada penghuni wad-wad Hospital Pekan dan mereka semua gembira dengan kunjungan tersebut.

Selesai menziarahi pesakit di wad-wad Hospital Pekan, rombongan PAS Kawasan Pekan telah menziarahi pesakit di Pusat Hemodialisis Hospital Pekan yang terletak di Bangunan Hospital lama di Bandar Pekan. Kunjungan rombongan PAS telah disambut oleh kakitangan bertugas di wad tersebut dan sambutan baik yang diberikan oleh kakitangan wad Hemodialisis amat-amat dihargai oleh rombongan PAS Kawasan Pekan.

Pusat Hemodialisis ini menempatkan 10 unit mesin homodialisis dan digunakan secara bergilir oleh pesakit-pesakit buah pinggang di kawasan Pekan. Seorang Pesakit, Encik Abdul Halim bin Mat Esa dari Kampung Siong menyatakan beliau mulai menggunakan mesin Homodialisis pada November 2010 dan setiap kali menggunakan mesin tersebut ia mengambil masa sehingga 4 jam. Setiap minggu sebanyak 3 kali rawatan mencuci darah perlu dilakukan.

Kebanyakan pesakit amat gembira bertemu dengan rombongan PAS Kawasan Pekan terutama YDP PAS Kawasan dan ada yang meminta YDP mendoakan untuk kesembuhan dari penyakit mereka.









Wednesday 1 September 2010

UNTUK TAHUN KE 4 - KONTIGEN PAS MENYERTAI PERBARISAN MERDEKA

Oleh : Lajnah IT, DPPP

Tanggal 31hb. Ogos 2010, PAS kawasan Pekan sekali lagi diberi penghormatan untuk sama-sama menyertai perbarisan hari kemedekaan peringkat daerah Pekan. Malah bagi tahun ini, YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf telah sama-sama dijemput mengiringi Pegawai Daerah Pekan bersama VIP yang lain untuk berada dipentas Utama pada majlis tersebut. Photo menunjukkan YDP PAS Kawasan Pekan mengiringi Pegawai Daerah Pekan bersama VIP yang lain.


Penyertaan kontigen PAS kali ini disertai oleh 18 orang peserta kontigen dengan 2 orang muslimat menyertai bersama perbarisan tersebut. Selain dari parti PAS parti-parti lain seperti UMNO, MIC, MCA dan PPP juga dijemput bersama menyertai perbarisan tersebut.

Penyertaan PAS dalam perbarisan kemerdekaan membuktikan bahawa Parti PAS juga cintakan negara dan setiap ahli PAS juga mempunyai sifat patriotik didalam jiwa mereka. Namun begitu, sebagai sebuah jemaah Islam yang memperjuangkan sebuah negara Islam di Malaysia sudah tentu perkara utama adalah menegakkan Islam. Selagi program yang dianjurkan pihak kerajaan tidak bercanggah dengan kehendakan syariah dan Islam maka PAS sentiasa sedia bersama menyertainya.

Kami mengucapkan syabas kepada kontigen PAS Kawasan Pekan kerana menyertai perbarisan tersebut.