Tuesday 6 May 2008

ALHAMDULILLAH, KAMI SELAMAT BERMUKTAMAR


4 Mei 2008, Ahad. PAS Kawasan Pekan telah selamat menjalankan tanggungjawab organisasi setelah berjaya mengadakan mesyuarat PAS Kawasan pada hari ahad 4 hb. Mei 2008.

Mesyuarat PAS kali ini ke 20 ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Y.B Hj Mahfuz bin Omar. Ketua Penerangan PAS Pusat. Seramai lebih 300 ahli pas datang bermesyuarat pada hari tersebut.

Mesyuarat bermula dengan ucapan aluan YDP PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf dan diikuti dengan ucapan perasmian YB Mahfuz Omar.

Dalam ucapan perasmian YB Mahfuz, beliau meminta semua kepimpinan dan ahli PAS bersiap sedia untuk menjadi PARTI yang menjadi tonggak orang melayu dan beragama Islam. Ini adalah kerana keputusan pilihanraya ke 12 baru-baru ini telah merubah lanskap politik orang melayu yang mana keyakinan kepada UMNO sebagai tonggak parti siasah orang melayu makin terhakis.

Justeru itu, PAS perlu bersiap sedia. Perkemaskan organisasi, semua jentera perlu turun menghadapi masyarakat. Bergaul dengan masyarakat dan adakan program yang melibatkan masyarakat setempat. Perkara ini telah dilaksanakan secara aggresif di seluruh negara dan kesannya pasti akan dapat dilihat pada PRU ke 13 nanti, INSYAALLAH.