Tuesday 30 September 2008

SUMBANGAN HARI RAYA DI KUALA PAHANG


Pada tanggal 29 Ramadhan 1429H yang lalu, PAS Kawasan Pekan telah menghulurkan sedikit sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk golongan fakir miskin dan ibu tunggal yang tinggal di Kuala Pahang telah disampaikan oleh bekas calon DUN Peramu Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Pekan, Ust Abu Kassim Manaf dan Ketua PAS Cawangan Kuala Pahang, En. Mohd Nazhar bin Othman. Sumbangan disampaikan pada jam 10.00 pagi dan selepas solat asar, sumbangan turut dihulurkan ke Kampung Marhum.




Wednesday 24 September 2008

MAJLIS IFTAR JAMAIE PAS KAWASAN PEKAN


17 Ramadhan 1429Hijrah, Majlis Iftar Jamaie PAS Kawasan Pekan telah diadakan di Surau Al Ehsan Sepekan Jaya, Pekan. Program bermula sekitar 8 pagi dengan persiapan memasak seekor lembu. Dengan semangat gotong royong jemaah PAS dan jemaah surau Al Ehsan program tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

YDP PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kasim Manaf bersama TYDP Cikgu Abu Kassim mengetuai majlis sumbangan kepada masyarakat kurang upaya sekitar Pekan. Lebih 40 keluarga telah diberi sumbangan bagi meringankan beban mereka menjalani kehidupan dengan tekanan barang keperluan yang semakin meningkat dan tidak terkawal.

Majlis dteruskan dengan berbuka beramai-ramai. Juamlah peserta Iftar pada hari tersebut adalah lebih kurang 200 orang. Mereka terdiri daripada AJK dan ahli PAS dan kelihatan juga mereka dari golongan atas pagar dan Ahli UMNO menyertai Iftar tersebut.