Monday 31 August 2009

KONTIGEN PAS DI DATARAN MERDEKA PEKAN


Buat kali ke 3, berturut-turut PAS Kawasan Pekan dijemput bersama-sama menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos di dataran Merdeka Pekan. Sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah Pekan kali ini dibuat secara sederhana dengan majlis disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pekan Tuan Hj Abdul Basik.

PAS Kawasan Pekan bagi tahun ke 3 telah dijemput untuk sama-sama menghantar kontigen perbarisan bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Deerah Pekan disini. Seawal jam 7.30 pagi kontigen PAS seramai 21 orang peserta telah berada diperbarisan dengan berpakaian lengkap vest berwarna hitam. Kontigen PAS Kawasan Pekan diketuai oleh Sdr. Nazhar dan Sdr. Nazri bekas anggota angkatan tentera.

Kebanyakan kontigen PAS yang hadir merasa gembira kerana mereka dapat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah penderhaka kepada negara. Pakatan Rakyat diwakili PAS di Pekan juga cintakan negara, tetapi CINTA PAS kepada Agama mengatasi segalanya.

PAS Kawasan Pekan bersedia pada bila-bila masa untuk bersama dengan masyarakat dan pihak pentadbiran bagi menjayakan apa sahaja program peringkat Daerah, Negeri dan Negara asalkan ianya tidak melibatkan unsur maksiat dan mencarik adat.











posted by ; Lajnah IT, DPP Pekan

Thursday 27 August 2009

ULASAN DATO` PRESIDEN

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

sumbertranungkite

Monday 24 August 2009

MAKLUMAT PRK PERMATANG PASIR


Salah satu poster kempen BN di Permatang Pasir. Yang buat kita pelik poster kempen BN ini menggunakan latarbelakang warna hijau yang mana setahu kita UMNO/BN amat alergik dengan warna hijau. Tulisan dan ayat dalam poster pula, pada pendapat kita cuba merendah rendah kan tahap pemikiran kita. Orang lain tak tahu lah....



- Masjid, Surau di bina BN
- Jalan , jambatan di bina BN
- Sekolah , klinik di bina BN
- Pasar, Balairaya dibina BN
- Bekalan Elektrik, Air dibina BN
- Kilang untuk bekerja di bina BN


Saja nak tanya soalan bodoh pada pemimpin BN. Semua benda benda tu dibina menggunakan duit yuran ahli ahli UMNO/BN ke?. Kalau dibina menggunakan duit UMNO/BN, kita pun tak ingin nak gunakan.



Bukan kah semua kemudahan itu dibina menggunakan duit yang dikutip dari rakyat dalam bentuk berbagai jenis cukai, bayaran denda, saman, duti setem dan macam macam lagi. Semua duit itu dikutip dari rakyat tanpa mengira parti. Orang UMNO, MIC, MCA, PKR, PAS dan apa jugak parti hatta yang tak berparti pun, semua nya kena bayar. BN sebagai kerajaan yang memerintah hanya menguruskan duit duit yang dikutip itu sahaja. Jangan nak perasan mengatakan duit itu BN yang punya.



Kemudian, setelah kemudahan disediakan oleh BN dengan menggunakan duit yang dikutip dari rakyat, apakah kemudahan itu 'FREE' atau tak payah bayar. Secara jujur nya boleh kata kan semua nya kita kena bayar. Kalau tak bayar secara 'direct', secara 'indirect' kita kena jugak. Bil letrik, bil air, yuran sekolah, tol dan sebagai nya tak payah bayar ke?.

Lagi satu, mengapa suka sangat guna istilah 'anak emas'. Bila guna istilah itu, secara automatik kawasan lain adalah anak tiri, anak angkat atau anak pungut.

Kalau antara anak anak kita, ada seorang yang kita layan sebagai 'anak emas', bagaimana perasaan yang lain?.


terimakasih-amizie

Tuesday 18 August 2009

SEKETIKA BERSAMA DATO` PESURUHJAYA

10 OGOS 2009 / ISNIN Tahukah anda bahawa UMNO/BN telah memperuntukkan sekadar RM30 juta sahaja bagi menghadapi atau lebih tepat dan sememangnya tepat merampas kerusi DUN Permatang Pasir yang disandang oleh wakil rakyat PAS sebelum ini dalam pilihanraya kecil nanti. Adakah anda tahu bahawa program 1 Malaysia..adalah sebenarnya usaha Najib dalam memastikan sokongan bangsa lain terus kekal kepada UMNO/BN dan menarik lebih ramai lagi sokongan bangsa lain. Program ini jika dihalusi sebenarnya telah mengambil hak dan kepentingan bangsa melayu untuk agihan kepada bangsa lain yang secara halus dan tidak disedari oleh bangsa melayu yang sememangnya telah lama tidak sedar yang mereka sentiasa ditipu oleh UMNO/BN.Apa tujuan najib...survival politik beliau..dah agak dah.