Thursday 15 March 2012

CERAMAH MAT SABU DI PARLIMEN PEKAN DIGANGGU

14 Mac 2012, Kg Siang Miang dalam Parlimen Pekan mencatatkan sejarah hitam demokrasi tanahair apabila ceramah Umum Pakatan Rakyat cuba diganggu oleh UMNO Bahagian Pekan.

Ceramah UMUM menjelang pilihanraya ke 13 itu membariskan Pemidato hebat yang pasti digeruni UMNO Pekan terutama Pengerusinya Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Antara barisan penceramah pada malam tersebut adalah bekas blogger UMNO Sdr. Aspan Alias, bekas ADUN UMNO Dun Pulau Manis Dato' Ariff Sobri dan yang paling digeruni adalah Tuan Haji Muhammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

UMNO memecah tradisi di Parlimen Pekan apabila mengadakan ceramah Umum disebelah lokasi ceramah anjuran PAS Kawasan Pekan. Mungkin tidak dengan media massa telivisyen dan akhbar arus perdana sehingga UMNO Pekan terpaksa mengadakan Ceramah Umum yang tidak biasa diadakan di Parlimen Pekan. Kata Timbalan Presiden " Mungkin UMNO Pekan nak belajar jadi pembangkang kerana membayangkan selepas PRU13 nanti mereka tidak lagi boleh menguasai TV dan Akhbar arus perdana".

Ceramah Umum UMNO mensasarkan penceramah dari Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kata-kata kutukan dan makin hamun ketika penceramah mula berucap. Tidak cukup dengan itu mereka menghantar 'budak-budak' UMNO untuk membuat bising diluar lokasi ceramah Pakatan Rakyat bagi mengganggu ceramah terutama Dato' Ariff Sobri dan Hj Muhamad Sabu. Namun tindakan mereka itu menunjukkan kebodohan UMNO Pekan dan menimbulkan kebencian rakyat Pekan yang hadir pada malam ceramah tersebut. Ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengumpul hampir 1,000 pengundi Pekan manakala UMNO pula ada lebih kurang 200 orang ahli mereka.

Tuan Haji Muhamad Sabu mempertikaikan pihak berkuasa kerana gagal menangani perkara tersebut dan sepatutnya tidak membenarkan UMNO mengadakan ceramah di lokasi yang sama. Dan yang paling mengejutkan Rakyat Pekan pada malam tersebut adalah pihak polis tidak mengadakan sekatan jalan raya yang biasanya wajib diadakan apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah Umum di Parlimen Pekan. Mungkin mereka bimbang ahli UMNO tidak dapat sampai ke lokasi ceramah kerana mereka sebenarnya di import dari luar kawasan ceramah.

Berikut adalah gambar untuk dikongsi bersama..


















W

TIMBALAN PRESIDEN BERTEMU PETUGAS PRU13

14 Mac 2012, Inderapura Resort Pekan, Pahang Darul Makmur Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhamad bin Sabu telah memberi taklimat kepada hampir 150 petugas parti bagi menghadapi PRU13 yang dijangka tidak berapa lama lagi.

Kunjungan Tuan Haji Muhamad Sabu pada petang tersebut adalah rentetan dari program Ceramah UMUM beliau di Parlimen Pekan yang diadakan pada sebelah malam di Kg. Sungai Miang dalam kawasan Dun Peramu Jaya,Parlimen Pekan.

Walaupun Pekan merupakan kawasan Perdana Menteri, beliau sangat berkeyakinan Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan kedua apabila Pakatan Rakyat pernah memenangi 2 kerusi DUN dan hampir mengalahkan Dato Seri Najib dengan majoriti amat tipis 241 undi.

Tuan Haji Muhamad Sabu memberi penerangan terperinci tentang isu-isu dalaman yang melanda PAS dan pada sessi akhirnya beliau menyuntik semangat Petugas Parti dengan kata-kata perangsang untuk menjatuhkan UMNO dan BN di Pahang dan Malaysia umumnya.

Pada malamnya Tuan Haji Muhammad Sabu akan berpidato dalam Ceramah UMUM di Kg Sungai Miang bersama Dato Ariff Sobri bekas ADUN UMNO Pulau Manis dan Bekas Blogger UMNO Aspan Alias..



Saturday 10 March 2012

CERAMAH UMUM MENJELANG PILIHANRAYA KE 13