Saturday 24 September 2011

PAS PEKAN EDAR 3,000 RISALAH BUKU JINGGA

24 September 2011 Sabtu, PAS Kawasan Pekan melalui Lajnah Penerangan PAS Kawasan yang diketuai Sdr Sanusi telah menganjurkan program mengedar risalah buku jingga kepada pengundi di Parlimen Pekan.

Program pengedaran risalah dilaksanakan di 2 kawasan utama iaitu di kawasan Bandar Pekan dan di tapak Pekan Sehari (sabtu) di bandar Pekan. Hampir 30 orang petugas yang terdiri dari AJK PAS Kawasan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta ahli pas hadir pada program tersebut.


Pengederan risalah Buku Jingga ini amat perlu disegerakan kepada masyarakat terutama pengundi di kawasan Parlimen Pekan kerana UMNO dan Barisan Nasional mula mencuri idea yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam buku jingga tersebut. Antara idea terbaru yang di lihat menyerupai idea Buku Jingga adalah pemansuhan undang-undang ISA.

Penerimaan pemgundi di kawasan parlimen Pekan amat baik sekali. Lajnah Penerangan PAS Kawasan yakin bahawa sasaran 80% membaca dan meneliti risalah buku jingga yang diedarkan.

Lajnah Kebajikan & Dewan Ulama juga menganjurkan 2 program bersama pada hari tersebut. Lajnah kebajikan PAS Kawasan dengan kerjasama muslimat dan Nisa kawasan Pekan telah membuka Pusat Rawatan Percuma dengan kerjasama Klinik Ummu Roihan. Dewan Ulama pula membuka pameran Keagongan Al Quran dan menyediakan khidmat percuma muat turun aplikasi Quran Digital ke dalam telefon bimbit.

Kedua-dua program ini telah diadakan di tapak Pekan Sehari (sabtu) bandar Pekan. Sambutan kepada rawatan percuma dan pameran ke Agongan Al Quran adalah amat baik sekali.



Monday 19 September 2011

Sunday 18 September 2011

MAJLIS PERPISAHAN - TUAN HJ ABDUL MALIK

16 Sepetember 2011, Pas Kawasan Pekan & Pas cawangan Shahbandar telah menganjurkan majlis perpisahan AJK PAS Cawangan Dato Shahbandar iaitu Tuan Haji Abdul Malik yang akan pulang ke Kampung kelahirannya di Pasir Mas Kelantan dan meraikan AJK cawangan merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan Sdr Hamdan yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Kedua-dua ahli PAS ini diraikan dalam 1 majlis santai bersama AJK PAS Kawasan dan rakan-rakan dari cawangan PAS Shahbandar, Sepekan Jaya dan sekitarnya. Jamuan makan malam barbeque disediakan oleh cawangan shahbandar pada malam tersebut.

Tuan Haji Abdul Malik merupakan ahli PAS yang begitu lama bergiat diperingkat cawangan dan kawasan Pekan. Beliau mula bersama PAS Kawasan Pekan sejak 25 tahun yang lalu dan merupakan anak didik usrah Ustaz Abu Kassim bin Manaf, YDP PAS Kawasan Pekan.

Beliau seorang yang sangat pemurah, dan banyak menyumbang wang ringgit, tenaga dan masa beliau kepada Jemaah PAS. Beliau adalah individu yang telah menyumbang dana bagi menjayakan PAS Cawangan Dato Shahbandar membeli lot tanah di perumahan Dato Shahbandar yang kini dijadikan markas cawangan tersebut. YDP, Timbalan YDP Cikgu Abu Kassim dan Ustaz Karim Sidek sempat sama-sama berkongsi cerita pengalaman manis mereka bersama beliau.


Saudara Hamdan pula merupakan AJK cawangan Dato Shahbandar dan merangkap setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Beliau telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dengan seorang guru yang merupakan anak gadis kepada AJK PAS Kawasan Sdr Nazhar. Majlis meraikan beliau dan zaujahnya pada malam tersebut dan sumbangan cendera hati disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Pekan.

Saturday 17 September 2011

MERDEKA ! SAH NEGARA KITA PERNAH DIJAJAH..

17 September 2011, Sambutan Hari Malaysia & Perbaris
an sempena Merdeka peringkat Daerah Pekan, Pahang telah dilaksanakan di Padang Utama Daerah Pekan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Kawasan Pekan dijemput menghantar kontigen seramai 40 orang peserta pada perbarisan merdeka kali ini.

Alhamdulillah, peserta kontigen PAS hadir seramai 42 orang dan yang paling menarik pada tahun ini Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan juga sudi untuk bersama menyertai kontigen PAS Kawasan pada kali ini.


Ucapan Perasmian perbarisan Menteri Besar Pahang dibacakan oleh Pegawai Daerah Pekan pada hari tersebut. Dalam ucapan MB pada hari tersebut, beliau mengakui bahawa negara kita pernah dijajah British dan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membuktikan kita pernah dijajah. Ucapan MB besar tersebut jelas menunjukkan bahawa UMNO juga mengakui negara pernah dijajah British.


PAS sejak dahulu lagi mengakui negara memang dijajah Jepun dan British. Namun apa yang menjadi kemuskilan dan rasa tidak puas hati PAS apabila ramai nama-nama besar pejuang kemerdekaan seperti Dr. Borhanurdin El Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbung dan ramai lagi penjuang berhaluan kiri dilupakan begitu sahaja. Nama-nama besar inilah pejuang sebenar kemerdekaan kerana sikap tegas mereka terhadap penjajah demi maruah dan kedaulatan negara.

Kontigen PAS Kawasan Pekan, mendapat pujian dan tahniah daripada ramai peserta lain pada hari tersebut kerana kesungguhan hadir menyertai perbarisan. Kontigen PAS kali ini juga disertai oleh muslimat PAS seramai 8 orang dan kali ini uniform berwarna hijau dipakai bagi menunjukkan keseragaman.

Semasa perbarisan hurmat melintasi pentas utama, Kontigen PAS mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang teruja dengan kehadiran Kontigen PAS Pekan. Ini menunjukkan ramai masyarakat telah menerima PAS berada dalam program kemasyarakatan dan usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan diterima masyarakat.

Perbarisan berakhir sekitar jam 10.45 pagi. YDP PAS Kawasan Pekan merakamkan ucapan terima-kasih kepada ahli-ahli PAS yang hadir menyertai perbarisan mewakili kontogen PAS pada kali ini.







Sunday 11 September 2011

' OPEN HOUSE ' PAS PEKAN DI DUN PULAU MANIS

10 September 2011, Sabtu PAS Kawasan Pekan telah berjaya mengadakan majlis sambutan Eidul Fitri peringkat kawasan di Markas PAS Tok Senara, Kg Tanjung Batu, Ganchong Pekan. Ganchong terletak dikawasan DUN Pulau Manis dalam Parlimen Pekan. Program tahunan ini sengaja diadakan diluar kawasan Bandar Pekan bagi memastikan masyarakat kampung dapat bersama-sama meraikan majlis sambutan Hari Raya Eidul Fitri kali ini. Sambutan program kali ini juga amat mengejutkan apabila bilangan kehadiran tetamu adalah amat luar jangkaan sekali. Penduduk tempat hadir bersama keluarga dan kanak-kanak. Ahli PAS dari jauh juga hadir seperti dari Jaya Gading Kuantan, Nenasi Pekan, Chini dan Peramu Jaya. Dianggarkan kehadiran adalah seramai 400 orang.

Pengarah Majlis sambutan Hari Raya kali ini ' Ustaz Haji Osman bin Bakar ' merasakan amat berpuas hati dengan kehadiran tetamu dan merasakan kini PAS telah makin diterima di kawasan-kawasan kampung yang dulu amat susah ditembusi. Golongan masyarakat kampung ini menjadi talian hayat UMNO kerana kesusahan mereka mendapatkan maklumat sebenar tentang perkembangan isu semasa dan hanya bergantung kepada media UMNO seperti TV3, RTM dan Utusan Malaysia.
Timbalan YDP PAS Kawasan Pekan, Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani merasmikan majlis sambutan tersebut. YDP PAS tdak dapat hadir kerana menghadiri program peringkas PAS Pusat di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Semua AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda & Ulama berserta Dewan Muslimat hadir sebagai tuan rumah pada majlis tersebut.

Pada malam tersebut pula, ceramah UMUM telah berjaya diadakan dan kehadiran juga amat luar biasa sekali. Dijangkakan kehadiran adalah hampir 500 orang dan ini amat luar biasa sekali bagi kawasan kampung yang jauh seperti Ganchong.
Ceramah UMUM disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf, Ustaz Shuhaimi Saad Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang dan YB Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS.

Ceramah UMUM malam tersebut amat memaku pemikiran yang hadir apabila Ustaz Suhaimi Saad berjaya mengupas dengan baik sekali isu Kemerdekaan dan isu Mat Indera dengan bantuan LCD dan video. Pada malam tersebut juga YB Salahudin juga telah mendedahkan kegiatan UMNO yang menjual kerakyatan negara kepada orang asing demi mengekalkan mereka di Putrajaya.
Program ceramah berakhir tepat jam 12.00 malam...






Saturday 10 September 2011

CERAMAH PERDANA
YB SALAHUDIN AYOBUSTAZ SUHAIMI SAADUSTAZ ABU KASIM MANAF
TARIKH : 10 SEPT 2011
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, GANCHONG

SEMUA DIJEMPUT HADIR


JEMPUTAN

MAJLIS SAMBUTAN EIDUL FITRI
PAS KAWASAN PEKAN

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2011 ( SABTU )
MASA : 12.00 TGHARI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, KG TANJUNG BATU, GANCHONG

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR