Thursday 5 April 2012

MESYUARAT AGONG MUSLIMAT PAS KAWASAN PEKAN

1 April 2012, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan telah selamat mengadakan mesyuarat Agong Muslimat Kawasan yang telah disempurkan perasmiannya oleh Y.b Dr. Zulkifli bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang merupakan AJK PAS Pusat.

Program wajib tahunan ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Madrasah Al Husna Pekan dan kehadiaran perwakilan dan pemerhari dari cawangan-cawangan hampir mencecah 180 orang.  Program bermula 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Pekan, Dr. Harison binti Mohd Amin dan diikuti oleh perasmi Dr. Zulkifli.




Pimpinan PAS Kawasan yang terdiri daripada YDP Ustaz Abu Kassim Manaf, TYDP Cikgu Abu Kassim Abd Ghani, Setiausaha, Penerangan dan AJK Kawasan lain hadir pada majlis tersebut.  Pada hari yang sama juiga Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan juga mengadakan Mesyuarat Agong mereka di Darul Fikri, Jaya Gading.

Dalam ucapan perasmian beliau, Dr. Zulkifli mengingatkan peranan muslimat dalam kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat adalah sangat berat.  Muslimat kini antara jentera PAS yang amat penting kerana merekalah yang mampu untuk mendekati pengundi dan mempunyai kebolehan menangani situasi untuk menarik pengundi mendekati PAS atau Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Agong muslimat PAS Kawasan memulakan mesyuarat Agong pada jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.25 petang.  Ucapan penangguhan disertai oleh hampir semua cawangan yang hadir dan ucapan penggulungan mesyuarat Agong Muslimat PAS Kawasan Pekan telah disampaikan oleh Ketua Muslimat mereka Dr. Harison bin Mohd Amin.