Monday 24 May 2010

NAJIB BERDIAM DIRI TANDA SOKONG JUDI BOLA


KUALA LUMPUR, 23 Mei: sumber Harakahdaily


Sampai bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu berdiam diri daripada mengulas isu pemberian lesen judi bola sepak walau jelas ia dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya..Ini kerana, hampir setiap malam di segenap tempat ia dibincangkan oleh semua pihak hatta mereka yang bukan beragama Islam. Hari ini, sekali lagi Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulas isu itu dengan mencabar Umno dan Perkasa membuat pendirian dalam isu judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan BN.

Di segenap masjid dan surau khasnya di negeri-negeri yang bebas dari cengkaman BN, hampir semua kuliah agama menyentuh isu judi bola itu. Mungkin mengetahui perkara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan agar mendengar bantahan rakyat.

Abdullah berkata demikian di Pulau Pinang semalam. Di Surau Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, bekas tahanan penjara Amerika di Teluk Guatanamo, Ustaz Abdullah Iraq menyesali kebisuan para mufti di negara ini. Setiap negara ada satu mufti. Malaysia ada 13 mufti tetapi semuanya senyap sunyi bila kerajaan kata judi bola halal, kata beliau.
Kalau adapun, kata beliau, yang cakap bantah judi hanya perlahan takut ia dimarahi oleh kerajaan. Sepatutnya, kata beliau, bantahan keras dibuat kepada kerajaan sebagaimana dibuat oleh para ulama Islam terhadap khalifah Islam zaman kegemilangan Islam dahulu


Posted by : Lajnah IT, DPP Pekan

NAJIB DI TUDUH RASUAH PILIHANRAYA !


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri, berdiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.


Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.


Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/

Lajnah IT - Dpp Pekan