Tuesday 26 February 2008

Najib Perlu merawat Pekan sebelum rawat Kelantan



Najib Perlu merawat Pekan sebelum rawat Kelantan
Posted on Tuesday, February 26 @ 03:17:21 MYT by alghaib

Bahan Rencah Oleh : Tukul Besi

Semasa sangat ghairah untuk mengula-gulakan rakyat Kelantan, Najib Tun razak dengan sinis menyatakan tahun 2008 adalah tahun merawat kelantan bukanya tahun melawat Kelantan yang di lancarkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Najib sepatutnya lebih diri, jangan hanya seronok tinggal di kediaman rasmi TPM di Putrajaya.

Kalau kembali ke Pekan pun janganlah hanya tertumpu di pekan sahaja.
Parlimen Pekan itu luas, sesekali jengok-jengoklah apa apa yang patut dibuat dan dirawat di Kg Batu sawah, Pekan, Pahang

Gambar yang dipamparkan bersama ini dirakam sekitar Feb 2007
Budak2 ni naik 'bas sekolah'(bas versi kawasan TPM ) seawal jam 5 pagi dan sampai ke sekolah sekitar
jam 7. sampai di sekolah, cikgu2 terpaksa mandikan mereka yang diselimuti
debu merah kerana 2 jam meredah ladang sawit untuk sampai ke sekolah.

Inilah Negaraku 50 Tahun merdeka.

untuk rekod pekan adalah parlimen najib, TPM Malaysia.



Inilah Bas sekolan versi Parlimen Pekan yang diwakili Oleh Najib selaku Timbalan Perdana Menteri.




Seloknya Najib balik merawat Pekan yang sangat mundur ini.

Jangan dok nampak tikus jah, bangkai gajah dalam Parlimen sendiri dan tutup denge Gapo????

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang............??

No comments: