Wednesday, 30 April 2008

AL FATHIHAH - ANAK SULONG SETIAUSAHA PAS KAWASAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Isnin, 28hb. April 2008, Anak sulong kepada Setiausaha PAS Kawasan Pekan Kapten (B) Ahiayatuddin bin Zakaria telah meninggal dunia di Hosptital Besar Kuala Lumpur jam 9.00 malam 27hb. April 2008. Kapten (B) Ahiatuddin merupakan bekas calon PAS di DUN BEBAR pada PRU 12 baru-baru ini.
Allahyarham Salihudin adalah anak sulong beliau dan berumur 18 tahun. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampong halamannya di Kg. Padang Polo, Pekan. Rombongan jenazah bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 8.00 pagi dan sampai ke Pekan pada jam 12.15 tengahari. Jenazah terus dibawa ke Surau Kg. Padang Polo, Pekan dimana semua ahli PAS, saudaara-mara dan masyarakat kampong telah menunggu disitu sejak pagi lagi.

Solat Jenazah diketuai oleh YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf dan jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Padang Polo sekitar jam 1.15 tengahari.










1 comment:

PAKHABIB said...

Askum, mohon perbetulkan nama Kapten (B) Ahiaytuddin bin Zakaria kepada Kapt (B) Ahiatuddin bin Haji Daud. dan usia allahyarham Salihudin, ialah 29 tahun bukannya 18 tahun. teguran ini bagi mengelakkan salah faham kepada mana-mana pihak, sahabat handai, rakan, taulan, saudara mara dan lain-lain lagi.
sekian. wbt. http://www.alyahya.blogspot.com/