Tuesday 21 September 2010

SAMBUTAN EIDUL FITRI PAS PEKAN

Oleh ; Lajnah IT DPPP

19 September 2010 - PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan hari terbuka bagi menyambut Hari Raya Eidul Fitri peringkat Kawasan Pekan. Program yang menjadi agenda tahunan PAS Kawasan Pekan ini diadakan di Perkarangan kediamanan Haji Zainuddin ( Abang Din ) di Kampung Pelangkah bersebelahan Masjid baru Daerah Pekan.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu telah dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dari daerah Pekan termasuk kakitangan kerajaan, warga kilang DRB-Hicom, kakitangan swasta, peniaga, peneroka dan pesara yang menyokong kepada perjuangan PAS sejak dahulu lagi. Kehadiran sangat meriah dengan kehadiran dianggarkan hampir 700 orang.

Program dimulai dengan ucapan aluan YDP PAS Kawasan Pekan merangkap Ketua Urusan Ulama' PAS Negeri Pahang Al Fadhil Ustaz Abu Kasim bin Manaf. Dalam ucapan beliau, YDP merasa terharu dan berterima-kasih diatas kehadiran tetamu pada hari tersebut. Beliau mewakili seluruh AJK PAS Kawasan Pekan, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada tetamu yang hadir.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai kanak-kanak dan YDP bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Pekan Dr. Harison berkesempatan menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Para hadirin dijamu dengan pelbagai juadah seperti nasi himpit, nasi dagang, ketupat pulut, sate, karipap dan pelbagai juadah lain. Kanak-kanak pula begitu gembira apabila setiap mereka dapat menikmati ais krim yang didatangkan khas ke majlis tersebut.

Majlis bersurai sekitar jam 5.00 petang.
Berikut Photo untuk tatapan semua..

















No comments: