Thursday 30 June 2011

BANTAH UTUSAN - MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MUFTI PAHANG

Isnin 27 Jun 2011, PAS Negeri Pahang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama-sama rombongan pimpinan dari PAS Negeri dan kawasan-kawasan telah menganjurkan 1 sessi bantahan diatas kebiadapan akhbar milik UMNO iaitu UTUSAN MALAYSIA menghina Islam dalam karikatur yang disiarkan pada 15 Jun baru-baru ini.

Rombongan PAS Negeri Pahang juga dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Yusof bin Embong, Timbalan Pesuruhjaya 3 merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan bersama pimpinan Negeri, Pimpinan Pemuda dan ahli PAS telah berada seawal 8.15 pagi di Markas Tarbiah PAS Kawasan Pekan di Darul Husna, Rompin Lama Pekan. PAS Kawasan Pekan yang merupakan tuan rumah diketuai oleh YDP PAS Ustaz Abu Kasim bin Manaf bersama pimpinan Kawasan dan Pemuda PAS Kawasan Pekan menyambut ketibaan rombongan PAS Negeri Pahang tersebut.

Tujuan utama rombongan ini adalah untuk menyampaikan bantahan dan desakan kepada Institusi MUFTI diatas kebiadapan UTUSAN MALAYSIA menyiarkan karikatur menghina Islam yang jelas telah menghina Agama Islam dan merendahkan Institusi Agama di negara kita. Karikatur ini seolah-olah ingin menunjukkan kegagalan Institusi Agama Islam melalui Institusi seperti MUIP dalam membela kes jenayah seperti rogol. Sebagai sebuah institusi yang diberi kepercayaan untuk menjaga kesucian agama Islam maka Majlis Agama Islam PAHANG perlu sensitif dan mengambil tindakan sewajarnya diatas kebiadapan UTUSAN MALAYSIA terhadapat isu ini.

"Sama ada penyiaran lakaran karikatur itu disengajakan atau tidak disengajakan atau sama ada mereka sedar ianya suatu penghinaan terhadap Islam atau pun mereka tidak menyedarinya, namun penyiaran karikatur tersebut telah menyebabkan berlaku kekecewaan, kegelisahan dan ketidaktenteraman masyarakat keseluruhan dan khasnya kepada umat Islam" kata Dato' Tuan Ibrahim.

Rombongan PAS Negeri telah berjaya sampai di Pejabat MUIP, Pekan sekitar jam 10.00 pagi dan urusan pertemuan dengan MUFTI Pahang telah disempurnakan melalui wakil beliau iaitu Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato Sri Hj Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan. Sessi perbincangan dan luahan perasaan tidak puas hati rakyat marhum terhadap isu ini disampaikan sendiri oleh rombongan PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Pihak PAS Negeri Pahang merakamkan ucapan terima-kasih diatas layanan MUIP kepada rombongan bantahan ini dan berharap suatu tindakan 'TEGAS' perlu diambil kepada UTUSAN MALAYSIA diatas kebiadapan Karikatur yang amat melukakan hati umat Islam seluruh negara.

Rombongan bantahan bersurai sekitar jam 11.00 pagi.

" Utusan Malaysia kini telah menjadi kitab kepada UMNO untuk menyesatkan umat Islam di negara kita. Memboikot Utusan Malaysia telah menjadi wajib kepada umat Islam kini demi menjaga kesucian Islam di negara kita "




No comments: