Monday 25 July 2011

PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA KALI KE 2

24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan melalui MTD Peramu Jaya telah menganjurkan program mendekati rakyat bagi kawasan peti undi Pekan Baru, Kampung Mengkasar dan Ketapang. 3 peti undi melibatkan beberapa kawasan penempatan iaitu Bandar Pekan, Kg Ketapang, Kg Rompin Lama, Kampung Geylang, Kg Mengkasar, Kg Pelangkah dan Kg Pasir Panjang.

Ini merupakan program bersiri MTD Peramu Jaya bagi merakyatkan PAS dan program turun padang bersama pengundi. Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi mengisi program tersebut dan diadakan dibeberapa lokasi yang terpilih. Antaranya adalah FUTSAL di kawasan Peramu Jaya, Sukaneka muslimin di Kg Pelangkah, Sukaneka muslimat, hafazan dan pertandingan memasak di Kg Rompin Lama, gotong royong membersih surau di Bandar Pekan dan pemeriksaan kesihatan di Kg Ketapang.




Program seumpama ini berjaya memperkenalkan PAS kepada rakyat dan pengundi. Sambutan masyarakat kepada program ini dibuktikan apabila Program Bersepadu DUN Peramu Jaya 1 telah diterima oleh masyarakat dan pengundi.





Program ziarah pimpinan PAS dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara pimpinan PAS dengan masyarakat. Timbalan YDP PAS Kawasan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani sempat mengunjungi ahli PAS yang keuzuran iaitu Haji Kamarudin di Kg. Pasir Panjang.





Kem rawatan percuma yang diadakan di Kg Ketapang memberi peluang kepada masyarakat untuk menilai kesihatan mereka dan kali ini pegawai perubatan dibawa terus ke kawasan mereka.



Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf menyatakan pimpinan PAS Pekan akan terus melaksanakan program bersepadu ini di setiap peti undi bagi memastikan masyarakat dan pengundi dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi. Program seumpama ini dapat mempromosikan PAS dan selain itu dapat juga merakyatkan PAS dimata masyarakat dan pengundi.

Beliau juga akan memastikan setiap Majlis Tindakan Dun Chini, Bebar dan Pulau Manis akan menjalankan program serupa ditempat masing-masing.

No comments: