Friday 22 April 2011

PAS PEKAN SELESAI BERMUKTAMAR , BERSIAP UNTUK PRU13

PAS Kawasan Pekan pada 17 April 2011 telah selesai mengadakan Muktamar Agong Kawasan bagi kali ke 23. Perasmian Multamar disempurkan oleh Tuan Hj Mohd bin Sabu, AJK PAS Pusat.

Didalam ucapan perasmian Hj Mohd Sabu, beliau mengingatkan kepada pimpinan PAS semua peringkat supaya sentiasa mencerminkan gaya hidup seorang pemimpin Islam. Bergaya dengan kenderaan mewah, rumah besar dan gaya hidup mewah akan ' menjelekkan ' masyarakat kepada pemimpin Parti Islam itu sendiri. Masyarakat dan pengundi sentiasa melihat dan meneliti perbezaan diantara PAS dan pimpinan UMNO. Beliau suka mengajak ahli PAS dan pimpinan pelbagai peringkat berfikir bagaimana sebuah parti yang bukan berteraskan Islam seperti DAP mampu menonjolkan pemimpin yang hidup serba sederhana seperti Lim Guan Eng, Kit Siang dan beberapa pimpinan DAP yang lain.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mengajak semua ahli PAS bersatu padu dan bekerja keras memandangkan PRU ke 13 sudah hampir dan tanda-tanda pembubaran Parlimen makin terserlah. PAS Pekan, katanya mempunyai tanggungjawab dan harapan besar ahli-ahli PAS seluruh negara untuk menumbang gergasi Barisan Nasional. Adalah tidak mustahil kerana PAS Kawasan Pekan pernah menafikan majoriti besar Najib apabila pernah pada tahun 1999 hampir membenam Najib dengan kekalahan tipis 241 undi.

PAS Pekan pada kali ini telah mengekalkan 2 jawatan YDP dan Timbalan YDP kepada Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani. Kedua-dua tonggak pimpinan PAS Kawasan Pekan tersebut telah diberi kepercayaaan untuk memimpin PAS menghadapi PRU ke 13 yang mendatang. Naib YDP dan Ahli Jawatan Kuasa membariskan muka lama dan baru pada pemilihan tersebut.

Muktamar ditangguhkan pada jam 3.30 petang..

Berikut adalah sebahagian photo untuk dikongsi bersama ;




















No comments: