Helmi Ibrahim |
(Ketua Penerangan [kanan] PAS Pahang Menyerahkan Memorandum Kepada Mufti Pahang) Pandangan tersebut telah di suarakan oleh Ketua Penerangan Pas Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad pada sesi perjumpaan muhibbah PAS Pahang dengan Mufti Pahang, Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Osman yang di adakan pada 27 Julai 2011 di Pejabat Mufti Pahang, Pekan. |
Friday, 29 July 2011
PAS minta mufti campur tangan kilang komponen arak
Monday, 25 July 2011
PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA KALI KE 2
Ini merupakan program bersiri MTD Peramu Jaya bagi merakyatkan PAS dan program turun padang bersama pengundi. Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi mengisi program tersebut dan diadakan dibeberapa lokasi yang terpilih. Antaranya adalah FUTSAL di kawasan Peramu Jaya, Sukaneka muslimin di Kg Pelangkah, Sukaneka muslimat, hafazan dan pertandingan memasak di Kg Rompin Lama, gotong royong membersih surau di Bandar Pekan dan pemeriksaan kesihatan di Kg Ketapang.
Program seumpama ini berjaya memperkenalkan PAS kepada rakyat dan pengundi. Sambutan masyarakat kepada program ini dibuktikan apabila Program Bersepadu DUN Peramu Jaya 1 telah diterima oleh masyarakat dan pengundi.
Program ziarah pimpinan PAS dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara pimpinan PAS dengan masyarakat. Timbalan YDP PAS Kawasan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani sempat mengunjungi ahli PAS yang keuzuran iaitu Haji Kamarudin di Kg. Pasir Panjang.

Sunday, 24 July 2011
KEJOHANAN FUTSAL - PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA
24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan dibawah DUN Peramu Jaya sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 3 bagi tahun ini. Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan ini dikendalikan sepenuhnya oleh sayap kanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang diterajui oleh Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim.
Kejohanan kali ini menawarkan hadiah Johan sebanyak RM200 bersama medal, tempat kedua RM150 beserta medal, ketiga RM50 beserta medal dan keempat hadiah berupa medal. Program yang amat diminati oleh golongan anak muda ini amat mendapat sambutan.
Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat menyarankan dalam bersukan juga ada adab-adab Islam yang perlu dipatuhi. Antaranya cara berpakaian mestilah menutup aurat, bersolat apabila masuk waktu dan jangan sekali-kali menjadikan gelanggang Futsal tempat pergaduhan. Bersukanlah dengan akhlak Islam kerana Islam amat menggalakan umatnya beriadah dan bersukan untuk kesihatan.
Antara nama-nama pasukan yang menyertai Kejohanan kali ini ;
BERSIH 1, BERSIH 2, ARAB STREET, SRI MAHKOTA, UFFAZ FC , MARHUM FC , AROLA FX, ALAMIN FC , AL-HUSNA , ARISMA FC, RETRO TEAM dan ALOR ARA FC
Perasmian Futsal dilaksanakan dengan melakukan 'GIMIK' dimana YDP menendang boleh bagi menjaringkan gol.





Saturday, 23 July 2011
BENGKEL BLOGGER - SIRI 1
Program sulong seumpama itu adalah merupakan langkah pertama Lajnah ICT mengembling tenaga ICT dan mencungkil bakat-bakat ahli untuk dijadikan jentera Jemaah PAS dipersada maya.
Kehadiaran seramai 10 peserta pada peringkat permulaan ini adalah amat memberangsangkan.

Pengerusi Lajnah ICT PAS Kawasan Pekan bersedia menganjurkan Siri-siri lain bengkel ICT atau Blogger jika ada permintaan dari ahli-ahli. Tenaga pakar ICT dan blogger Pakatan Rakyat juga boleh dibawa untuk memeriahkan lagi pencarian bakat baru dalam dunia blogger.
Thursday, 21 July 2011
PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA
Program Merakyatkan PAS Kawasan Pekan dengan menganjurkan program mendekati rakyat dan pengundi bagi Dun Peramu Jaya dalam Parlimen Pekan akan diadakan pada tarikh tentatif berikut ;
Tarikh : 21 Julai 2011
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 malam
Pelbagai acara bermula seawall 9 pagi akan mengisi tentative program tersebut. Antara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut ;
· Kem Rawatan Percuma
· Kejohanan FUTSAL Pemuda Islam
· Gotong-royong perdana membersih Surau Kampar
· Sukaneka, pertandingan mewarna dan sebagainya
· Pertandingan memasak, gubahan dan anyaman
· Ziarah dan kunjungan pimpinan masyarakat
· Ceramah Perdana
Program ini akan di laksanakan di 3 kawasan Unit Peti Undi (UPU) iaitu UPU Kampung Mengkasar, UPU Pekan Baru dan UPU Ketapang. Semua ahli jawatankuasa MTD Peramu Jaya, ahli jawatankuasa UPU terlibat, cawangan-cawangan didalam kawasan UPU tersebut terlibat secara langsung menjaya program ini.
Semua dijemput hadir..
PENDUDUK KUANTAN RESAH DENGAN LYNAS
KUANTAN, 21 Julai: "Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."
Fakta inilah yang membuatkan penduduk Kuantan sekarang resah dengan kehadiran kilang 'lampu' atau 'Lamp' yang akan dibina di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari bandar Kuantan. Ia disingkatkan dengan nama Lamps On pada papan tandanya di Gebeng.
Namun sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh lebih resah berbanding dengan orang Melayu kerana inilah yang sentiasa berlaku apabila melibatkan sensitiviti masyarakat. Mereka telah mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyalahkan sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka menyebatkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini.
Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.
(Papan tanda jalan masuk ke kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan)
Lamp adalah singkatan dari perkataan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebuah kilang memproses nadir bumi yang sudah 65 peratus siap (ada yang berkata 90 peratus siap) sekarang ini. Ia dibina di atas tapak sebuah kawasan perindustrian yang berjiran juga dengan kilang-kilang perindustrian yang lain di situ.
Antara kilang yang berkongsi pagar dengan Lamp adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.
Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM).
Pada papan tandanya, tercatat papan tanda LAMPS ON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang dimiliki Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.
UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
(Bangunan APMM yang siap untuk digunakan hanya dipisahkan dengan jalan raya dan sebuah kilang sahaja dengan kilang Lynas. Ia tidak sampai 5 km jaraknya sebagaimana yang disarankan dalam laporan EIA)
Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia dan dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada suku-pertama 2011 (Mac).
Selepas siap nanti, nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.
Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.
1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan.
2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.
3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.
3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.Ke empat-empat isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.
Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (Badar).
(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah] ketika ditemui di Gebeng Ahad lepas)
Hari ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.
Mereka juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng.
"Pada peringkat awal dahulu kita agak lunak dengan pembinaan kilang ini tetapi setelah mengetahui secara mendalam, kita tidak akan biarkan dan akan menentangnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang kepada Harakahdaily dua hari lalu.
Monday, 18 July 2011
HARI KELUARGA PASTI AT TAUFIQ 2011
Sunday, 17 July 2011
MP TITIWANGSA DR LO'LO KEMBALI KERAHMATULLAH
sumber : Harakahdaily |
|
Thursday, 7 July 2011
Doa TGNA Untuk Agong Di Depan Kaabah

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
