Sunday 18 September 2011

MAJLIS PERPISAHAN - TUAN HJ ABDUL MALIK

16 Sepetember 2011, Pas Kawasan Pekan & Pas cawangan Shahbandar telah menganjurkan majlis perpisahan AJK PAS Cawangan Dato Shahbandar iaitu Tuan Haji Abdul Malik yang akan pulang ke Kampung kelahirannya di Pasir Mas Kelantan dan meraikan AJK cawangan merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan Sdr Hamdan yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Kedua-dua ahli PAS ini diraikan dalam 1 majlis santai bersama AJK PAS Kawasan dan rakan-rakan dari cawangan PAS Shahbandar, Sepekan Jaya dan sekitarnya. Jamuan makan malam barbeque disediakan oleh cawangan shahbandar pada malam tersebut.

Tuan Haji Abdul Malik merupakan ahli PAS yang begitu lama bergiat diperingkat cawangan dan kawasan Pekan. Beliau mula bersama PAS Kawasan Pekan sejak 25 tahun yang lalu dan merupakan anak didik usrah Ustaz Abu Kassim bin Manaf, YDP PAS Kawasan Pekan.

Beliau seorang yang sangat pemurah, dan banyak menyumbang wang ringgit, tenaga dan masa beliau kepada Jemaah PAS. Beliau adalah individu yang telah menyumbang dana bagi menjayakan PAS Cawangan Dato Shahbandar membeli lot tanah di perumahan Dato Shahbandar yang kini dijadikan markas cawangan tersebut. YDP, Timbalan YDP Cikgu Abu Kassim dan Ustaz Karim Sidek sempat sama-sama berkongsi cerita pengalaman manis mereka bersama beliau.


Saudara Hamdan pula merupakan AJK cawangan Dato Shahbandar dan merangkap setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Beliau telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dengan seorang guru yang merupakan anak gadis kepada AJK PAS Kawasan Sdr Nazhar. Majlis meraikan beliau dan zaujahnya pada malam tersebut dan sumbangan cendera hati disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Pekan.

No comments: