Saturday 17 September 2011

MERDEKA ! SAH NEGARA KITA PERNAH DIJAJAH..

17 September 2011, Sambutan Hari Malaysia & Perbaris
an sempena Merdeka peringkat Daerah Pekan, Pahang telah dilaksanakan di Padang Utama Daerah Pekan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Kawasan Pekan dijemput menghantar kontigen seramai 40 orang peserta pada perbarisan merdeka kali ini.

Alhamdulillah, peserta kontigen PAS hadir seramai 42 orang dan yang paling menarik pada tahun ini Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan juga sudi untuk bersama menyertai kontigen PAS Kawasan pada kali ini.


Ucapan Perasmian perbarisan Menteri Besar Pahang dibacakan oleh Pegawai Daerah Pekan pada hari tersebut. Dalam ucapan MB pada hari tersebut, beliau mengakui bahawa negara kita pernah dijajah British dan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membuktikan kita pernah dijajah. Ucapan MB besar tersebut jelas menunjukkan bahawa UMNO juga mengakui negara pernah dijajah British.


PAS sejak dahulu lagi mengakui negara memang dijajah Jepun dan British. Namun apa yang menjadi kemuskilan dan rasa tidak puas hati PAS apabila ramai nama-nama besar pejuang kemerdekaan seperti Dr. Borhanurdin El Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbung dan ramai lagi penjuang berhaluan kiri dilupakan begitu sahaja. Nama-nama besar inilah pejuang sebenar kemerdekaan kerana sikap tegas mereka terhadap penjajah demi maruah dan kedaulatan negara.

Kontigen PAS Kawasan Pekan, mendapat pujian dan tahniah daripada ramai peserta lain pada hari tersebut kerana kesungguhan hadir menyertai perbarisan. Kontigen PAS kali ini juga disertai oleh muslimat PAS seramai 8 orang dan kali ini uniform berwarna hijau dipakai bagi menunjukkan keseragaman.

Semasa perbarisan hurmat melintasi pentas utama, Kontigen PAS mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang teruja dengan kehadiran Kontigen PAS Pekan. Ini menunjukkan ramai masyarakat telah menerima PAS berada dalam program kemasyarakatan dan usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan diterima masyarakat.

Perbarisan berakhir sekitar jam 10.45 pagi. YDP PAS Kawasan Pekan merakamkan ucapan terima-kasih kepada ahli-ahli PAS yang hadir menyertai perbarisan mewakili kontogen PAS pada kali ini.







No comments: