Pengarah Majlis sambutan Hari Raya kali ini ' Ustaz Haji Osman bin Bakar ' merasakan amat berpuas hati dengan kehadiran tetamu dan merasakan kini PAS telah makin diterima di kawasan-kawasan kampung yang dulu amat susah ditembusi. Golongan masyarakat kampung ini menjadi talian hayat UMNO kerana kesusahan mereka mendapatkan maklumat sebenar tentang perkembangan isu semasa dan hanya bergantung kepada media UMNO seperti TV3, RTM dan Utusan Malaysia. Timbalan YDP PAS Kawasan Pekan, Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani merasmikan majlis sambutan tersebut. YDP PAS tdak dapat hadir kerana menghadiri program peringkas PAS Pusat di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Semua AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda & Ulama berserta Dewan Muslimat hadir sebagai tuan rumah pada majlis tersebut.
Pada malam tersebut pula, ceramah UMUM telah berjaya diadakan dan kehadiran juga amat luar biasa sekali. Dijangkakan kehadiran adalah hampir 500 orang dan ini amat luar biasa sekali bagi kawasan kampung yang jauh seperti Ganchong. Ceramah UMUM disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf, Ustaz Shuhaimi Saad Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang dan YB Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS.
Ceramah UMUM malam tersebut amat memaku pemikiran yang hadir apabila Ustaz Suhaimi Saad berjaya mengupas dengan baik sekali isu Kemerdekaan dan isu Mat Indera dengan bantuan LCD dan video. Pada malam tersebut juga YB Salahudin juga telah mendedahkan kegiatan UMNO yang menjual kerakyatan negara kepada orang asing demi mengekalkan mereka di Putrajaya. Program ceramah berakhir tepat jam 12.00 malam...
No comments:
Post a Comment