Wednesday, 12 March 2008

PENGUNDI PEKAN TERSILAP KERANA TIDAK MEMILIH PERUBAHAN


PRU12 baru sahaja melabuhkan tirai. Keputusan mengejutkan diperingkat negara telah menggamit suasana yang hiruk-pikuk dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. 3 orang Presiden Parti Komponen tumbang dan ramai Menteri Kabinet tersungkur dikaki Barisan Rakyat. Inilah padahnya, apabila mereka menolak Islam dan mencabuli demokrasi yang mereka sendiri menerimanya.

Keputusan di Pekan memihak kepada UMNO. Dato' Seri Najib berbangga kerana mendapat keputusan yang lebh baik berbanding PRU 11. Dengan majoriti lebih 26,000 Najib dah kira boleh eksyen dengan Paklah yang hanya mendapat majoriti setakat 11,000 undi sahaja. Pengundi PEKAN masih ramai yang lemah dalam percaturan politik apabila masih memilih pemimpin yang korupsi dan gila kuasa sedang saudara kita di Kelantan, Selangor, negeri-negeri di Utara telah memilih untuk berubah kepada kepimpinan yang bersih, amanah dan bekerja untuk rakyat dan negera.

Jentera PAS di Pekan pada awalnya merasa sangat kecewa dengan keputusan yang memihak kepada UMNO. semua 4 dun dipulun mereka. '1 Dun pun tak sangkut', kata orang Pekan. Namun selepas jam 8 malam, suasana berubah di Pejabat MTD Peramu Jaya. Sorakan dan Takbir bergema di Pejabat MTD Peramu Jaya apabila seorang demi seorang calon PAS, PKR dan DAP menang dalam percaturan pilihanraya kali ini. Keputusan Kelantan menang besar, Kedah jatuh ke tangan PAS, DAP ambil alih Penang, dan yang mengejutkan lagi Selangor dan Perak menjadi hak milik Barisan Alternatif betul-betul mengejutkan Jentera Pilihanraya PAS Pekan yang telah letih bertarung dengan Jentera Najib yang terkuat di Malaysia dan kecewa dengan kemenangan Najib dan konco-konconya di Pekan. Kami merasa seronok kerana dapat mengangkat muka hari esoknya kerana BA menang besar diperingkat negara sekalipun diperingkat kawasan kami, Najib masih menang.

Kami menunggu keputusan hingga 3.30 pagi. Sekejap mengadap TV dan sekejap berlari ke komputer-komputer untuk melihat keputusan dan maklumat di internet. Itulah senario dan pengalaman pilihanraya yang paling manis dalam hidup kami. Biar pun kalah dikampung sendiri tetapi kami menang digelanggang negeri jiran kami.


TAHNIAH buat Tok guru di Kelantan, Ustaz Azizan di Kedah, Tan Sri Khalid di Selangor dan Ustaz Ahmad Awang di Perak. Juga sekalong tahniah buat Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi di Terangganu kerana berjaya memimpin PAS hingga sampai ketahap ini.

Kami yakin, ini adalah gelombang permulaan. Pastinya kita akan lihat PRU13 akan menyaksikan perubahan besar pula di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Ramai pengundi atas pagar merasa terkilan kerana tidak dapat mengikut jejak negeri yang telah menang. Tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi tunggulah minyak naik nanti.

Kepada calon pilihanraya di Pekan, Sdr. Khairul Anuar (Parlimen Pekan), Ustaz Abu Kassim (Peramu Jaya), Kapten (B) Ahiatuddin (Bebar), Ustaz Ahmad Othman (Pulau Manis) dan Ustaz Fadhilnor (Chini) jangan lah merasa kecewa. Kuatkan langkah kita, kami Jentera parti akan tetap berdiri teguh untuk terus menggempur kubu UMNO di Pekan ini dan bersedia bekerja sehingga mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah.

Jentera kami menjadi makin kuat dengan keputusan PRU12 ini. Kerja untuk menang perlu dilaksanakan bermula hari ini hinggalah hari mengundi PRU13.

Takbir..Allahuakbar

Monday, 3 March 2008

KEMPEN NAJIB 2004 BELUM DITUNAIKAN - TENAGA KERJA KILANG KERETA PEKAN KECEWA LAGI!



PILIHANRAYA 2004 (PRU11), NAJIB BERKEMPEN BEGITU HANGAT DENGAN MASUK KE SEMUA KILANG-KILANG YANG ADA DI PEKAN. TAK CUKUP DENGAN ITU, NAJIB MASUK KE KAMPUNG2 UNTUK BERTEMU DENGAN PEKERJA INI DISEBELAH MALAM UNTUK BERKEMPEN.

MAKA MENJAJALAH NAJIB PADA MASA ITU..." SAYA AKAN PASTIKAN SYARIKAT KITA AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH, DAN DENGAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH MAKA SOAL KENAIKAN GAJI, SOAL BONUS, SOAL KEBAJIKAN AKAN TERJAMIN. SUNGGUH MENAKJUBKAN JANJI NAJIB KETIKA ITU, MEREKA YANG MENDENGAR PASTI AKAN TERTARIK. AKHIRNYA, KEPUTUSAN PRU11 MELIHATKAN KEMENANGAN NAJIB DENGAN MAJORITI YANG BESAR HASIL SEBAHAGIANNYA ADALAH UNDI KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN DAN JUGA UNDI TENTERA KEM BATU 10 GAMBANG.

TAPI 4 TAHUN TELAH BERLALU. NASIB KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN LANGSUNG TIDAK TERBELA. GAJI MEREKA TELAH BEBERAPA TAHUN TIDAK NAIK, GAJI STATIK TETAPI HARGA BARANG KEPERLUAN TERUS NAIK. BONUS YANG DULU DINIKMATI SEKURANG-KURANG SEBULAN TERUS TIADA BAYANGNYA. KINI SUDAH MASUK TAHUN KETIGA GAJI TAK NAIK DAN BONUS PUN TIADA. ITULAH NASIB PENGUNDI NAJIB YANG MEMBELI JANJI NAJIB DENGAN UNDI-UNDI MEREKA. NAMUN JANJI TELAH DIBAYAR TETAPI BARANGAN YANG DIBELI MASIH BELUM DITERIMA.

BARU-BARU NAJIB MEMBERANIKAN DIRI DATANG LAGI KE KOMPLEKS KILANG KERETA DI PEKAN. DENGAN UMPAN ORANG BULAN, MAKA NAJIB MENGIMPORT PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAN KAKITANGAN KILANG KERETA YANG TERPILIH UNTUK SEKALI LAGI MENJAJA JANJI. MENGIKUT CERITA KAKITANGAN KILANG KERETA YANG DITEMUI, PENGURUSAN SYARIKAT TELAH AWAL LAGI MEMBUAT 'WARNING' KEPADA SEMUA PEKERJA YANG TERPILIH SUPAYA TIDAK MENUNJUKKAN SIKAP BURUK KEPADA NAJIB SEPERTI 'BOOOO' DAN MEMBUAT BISING KETIKA NAJIB BERUCAP. SEBENARNYA KEJADIAN INI PERNAH BERLAKU DI KILANG MEMBUAT LORI TEMPATAN. NAJIB PERNAH DI BOOO OLEH KAKITANGAN PADA SATU MAJLIS BESAR PERASMIAN JENAMA BARU KENDERAAN DISITU. NAJIB BETUL-BETUL SERIK DENGAN PEEL PEKERJA INI.
PENGURUSAN SYARIKAT MELETAKKAN SEORANG EKSEKUTIF DISETIAP MEJA KAKITANGA BIASA INI UNTUK MENANGKAP SESIAPA YANG MEMBUAT ONAR KEPADA MAJLIS NAJIB. BEGITU SEKALI NASIB ORANG YANG MUNGKIR KEPADA JANJI MEREKA.

HASIL BORAK-BORAK DAN CERITA KAKITANGAN BAWAHAN, MEREKA AKAN MELAKUKAN SILENT PROTEST KEPADA NAJIB DAN PENGURUSAN KILANG. MEREKA AKAN MENGUNDI BARISAN ALTERNATIF KALI INI. MEREKA TIDAK DAPAT BERSABAR LAGI. RAKAN MEREKA RAMAI YANG TELAH KEHILANGAN KERJA KERANA KILANG TUTUP. ADA 4 BUAH KILANG YANG DULUNYA BERNAUNG DIBAWAH SYARIKAT BESAR KILANG KERETA INI TUTUP BEGITU SAHAJA. HAMPIR 400 ORANG KEHILANGAN KERJA YANG SEBAHAGIAN BESARNYA ANAK PEKAN JATI. NAMUN, AHLI PARLIMEN MEREKA TIDAK MEMBUAT APA-APA. JANJI MASIH BELUM DITUNAIKAN...

" KAMI AKAN MEMBUAT SILENT PROTEST(PROTEST

Saturday, 1 March 2008

Friday, 29 February 2008

ZIARAH PENGUNDI DUN PERAMU JAYA

CALON PAS N21, USTAZ ABU KASSIM MANAF MEMBUAT LAWATAN BERTEMU DENGAN PENGUNDI DISEKITAR LOKALITI DUN PERAMU JAYA. ANTARA TEMPAT YANG TELAH DIZIARAHI BELIAU IALAH PASAR RABU, PUSAT PERNIAGAAN BANDAR PEKAN, PASAR PEKAN, SEKOLAH-SEKOLAH, PEKAN SEHARI ERAMU JAYA 3, KUALA PAHANG DAN BANYAK LAGI.

SAMBUTAN PENGUNDI KEPADA CALON PAS BEGITU BAIK SEKALI. INI ADALAH PETANDA YANG SANGAT BAIK APABILA RAKYAT MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI KEPADA TINDAKAN KERAJAAN YANG SANGAT MENGHIMPIT KEHIDUPAN MEREKA. KETIDAKPUASAN INI DIBANGKITKAN KETIKA PERTEMUAN USTAZ ABU KASSIM DENGAN PENGUNDI-PENGUNDI. ISU HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK MENJADI TAJUK UTAMA. ISU-ISU LAIN JUGA DILUAHKAN ANTARANYA ISU KESELAMATAN, PENIPUAN KEMENTERIAN PELAJARAN TENTANG YURAN SEKOLAH, GEJALA SOSIAL ANAK MUDA DAN BANYAK LAGI.

PHOTO UNTUK DIKONGSI BERSAMA;












BIODATA CALON, N.21 - PERAMU JAYA



CALON PAS N.21 - PERAMU JAYA

1. NAMA: USTAZ ABU KASSIM BIN MANAF

2. ISTERI : DR. HARISON MOHD AMIN (KLINIK UMMU ROIHAN)

3. ANAK: 2 PUTERA, 2 PUTERI

4. PENDIDIKAN : BA HONS USULUDDIN, UNIVERSITY AL AZHAR MESIR

5. PENGALAMAN KERJAYA :
1998 - 1999, BEKAS PENGETUA KULIYYAH ABU BAKAR, PEKAN
1997 - 1998, GPK1, SMA AL KHAIRIAH, TEMERLOH
1988 - 1997, GPK1, SMA PULAU TAWAR, JERANTUT
1987 - 1988, PENSYARAH KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (KIBA) YAYASAN PAHANG

6. PENGLIBATAN DALAM PAS :
2001 hingga KINI, KETUA DEWAN ULAMA PAS PAHANG
2003 hingga KINI, YDP PAS KAWASAN PEKAN
2000 hingga KINI, AJK PERHUBUNGAN PAS NEGERI
1999 - 2000, AJK KAWASAN MENTAKAB
2001 - 2006, PENGERUSI LAJNAH TARBIAH PAS PAHANG
2002 - 2004, KETUA EDITOR SIDANG (AKHBAR PAS PAHANG)
2001 - 2006, KETUA ALP SEK. MEN. AGAMA GAU
2001 - 2003, NAIB YDP PAS KAWASAN PEKAN
TAHUN 1999, BERTANDING DUN LANCHANG
TAHUN 2004, BERTANDING DUN BEBAR

7. PENGLIBATAN DALAM NGO :
2005 - 2007, YDP PIBG SMA AL ATTAS, PEKAN
2002 - 2006, YDP PIBG SK SRI BIRAM, PEKAN
1995 - 1997, AJK BADAN DAKWAH, TEMERLOH
1990 - 1996, YDP JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) TEMERLOH
1984 - 1996, YDP JIM PAHANG
1984 - 1988, SETIAUSAHA PER BEKAS MAHASISWA ISLAM TIMUR TENGAH CAW. PAHANG
1977 - 1978, TIMBALAN YDP, PERSATUAN PELAJAR PAHANG DI MESIR
1975 - 1997, SETIAUSAHA PERSATUAN PELAJAR PAHANG MESIR

MENYAMPAI KULIAH AGAMA DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU SELURUH PEKAN DAN PAHANG

Tuesday, 26 February 2008


Najib Perlu merawat Pekan sebelum rawat Kelantan



Najib Perlu merawat Pekan sebelum rawat Kelantan
Posted on Tuesday, February 26 @ 03:17:21 MYT by alghaib

Bahan Rencah Oleh : Tukul Besi

Semasa sangat ghairah untuk mengula-gulakan rakyat Kelantan, Najib Tun razak dengan sinis menyatakan tahun 2008 adalah tahun merawat kelantan bukanya tahun melawat Kelantan yang di lancarkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Najib sepatutnya lebih diri, jangan hanya seronok tinggal di kediaman rasmi TPM di Putrajaya.

Kalau kembali ke Pekan pun janganlah hanya tertumpu di pekan sahaja.
Parlimen Pekan itu luas, sesekali jengok-jengoklah apa apa yang patut dibuat dan dirawat di Kg Batu sawah, Pekan, Pahang

Gambar yang dipamparkan bersama ini dirakam sekitar Feb 2007
Budak2 ni naik 'bas sekolah'(bas versi kawasan TPM ) seawal jam 5 pagi dan sampai ke sekolah sekitar
jam 7. sampai di sekolah, cikgu2 terpaksa mandikan mereka yang diselimuti
debu merah kerana 2 jam meredah ladang sawit untuk sampai ke sekolah.

Inilah Negaraku 50 Tahun merdeka.

untuk rekod pekan adalah parlimen najib, TPM Malaysia.



Inilah Bas sekolan versi Parlimen Pekan yang diwakili Oleh Najib selaku Timbalan Perdana Menteri.




Seloknya Najib balik merawat Pekan yang sangat mundur ini.

Jangan dok nampak tikus jah, bangkai gajah dalam Parlimen sendiri dan tutup denge Gapo????

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang............??

Friday, 22 February 2008

UMNO MENCALONKAN SDR. IBRAHIM AWANG ISMAIL DI DUN PJ

22hb. Mac 2008, 4.30 petang Dato' Adnan Yaakob (Dato Nan) telah mengumumkan calon-calon pilihanraya BN dan antaranya calon-calon pilihanraya di Dun dan Parlimen Pekan adalah ;

PARLIMEN PEKAN - Dato Seri Najib bin Razak
Bebar - Dato Ishak (muka lama)
Pulau Manis - Sdr. Khairudin (muka baru)
Peramu Jaya - Ibrahim Awang Ismail (muka baru)
Chini - Sdr. Bakar Harun (muka lama)

TUMBANGKAN BN..WUJUDKAN PEMBANGKANG YANG KUAT DI PAHANG

RAKYAT PEKAN PERLU MEMBUAT PERHITUNGAN PADA PRU 12 NANTI


PRU 12 yang dinanti-nanti akan berlaku pada 8 Mac 2008. Seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Pekan khasnya akan turun yang berdaftar sebagai pemilih akan turun memilih calon pemimpin diperingkat Parlimen dan DUN pada hari tersebut.

Senario politik Negara Malaysia pada masa ini berada pada tahap yang boleh dibimbangi oleh parti memerintah Barisan Nasional. Banyak isu-isu dan tindakan tidak popular yang telah diambil pihak Barisan Nasional akan mampu mengubah keputusan dan tindakan memilih Barisan Alternatif pad pilihanraya ke 12 nanti.

Calon PAS di Pekan akan diumumkan pada malam ini di Madrasah Darul Husna jam 9.00 malam. PAS akan menampilkan calon pemimpin yang baik dan warak yang taat kepada agama. Mereka juga dari kumpulan terpelajar dan berpengalaman menjadi pemimpin diperingkat masyarakat.

Tuesday, 29 January 2008

KUNJUNGAN MU MENYUNTIK SEMANGAT !


Sabtu, 19 Januari 2008 / 10 Muharam 1428 Hijrah, satu program Jelajah presiden PAS Keseluruh Negara peringkat negeri Pahang telah diadakan di Dataran MTD Peramu Jaya, Pekan Pahang. Rombongan Presiden terdiri daripada Presiden Tuan Guru Dato' Hj Abdul Hadi bin Awang diiringi oleh Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin bin Mat Isa juga sdr. Mahfuz Omar. Barisan Pimpinan negeri terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Pahang, Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ustaz Abu Kassim Manaf YDP PAS Kawasan Pekan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasarudin dan barisan exco PAS Negeri dan Pemuda Negeri dan AJK PAS Kawasan-kawasan dan rombongan mereka yang dianggarkan lebih 2,000 pada petang tersebut.

Ucapan Sdr. Mahfuz, Timbalan Presiden sangat memanaskan suasana dan diikuti pula ucapan dan amanat Presiden yang penuh semangat dan membuat semua yang ada pada majlis tersebut khusyuk dan terpegun.

Memori kehadiran Presiden ;








Monday, 17 December 2007

BUKTI PENGUNDI HANTU DI PEKAN

Majlis Tindakan Dun Peramu Jaya, Pekan telah membuat bantahan kepada Rang Suku Tahun ke 3/2007 daftar pemilih bagi kawasan Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya. Bantahan oleh MTD Peramu Jaya telah dibuat seperti berikut;

Tarikh bicara - 28/29 dan 30hb. November 2007
Jumlah Bantahan - 46 nama pemilih
Jumlah Diterima - 40 nama pemilih
Tempat Bantahan - Pejabat Tanah dan Daerah Pekan
Pengendali Bantahan - Suruhanjaya Pilihanraya.

Ini adalah kali ketiga MTD Peramu Jaya mengadakan bantahan daftar pemilih. Siapakah 40 nama yang memasuki daftar pemilih Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya? Siapakah yang mendaftarkan mereka ini? Sebelum ini hampir 400 nama telah berjaya dibuang dengan kaedah bantahan ini. Sekalipun ia memerlukan kos yang tinggi untuk membuat bantahan namun ianya terpaksa dibuat bagi memastikan UMNO dinafikan kemenangan dan PAS dapat merampas kembali DUN Peramu Jaya yang pernah dimenangi pada PRU 10 dahulu.
InsyaAllah

Friday, 2 November 2007

JAMUAN HARI RAYA & HARI KELUARGA JPN DI SEPEKAN JAYA

24hb October 2007, PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga Jabatan Pilihanraya Negeri di Padang Awam Taman Sepekan Jaya. Tenaga Pakar JPN juga terlibat didalam program ini. Acara bermula pagi iaitu acara sukaneka yang sepenuhnya dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Pekan yang diketuai oleh Sdr. Khairi. Acara mewarna untuk pelajar PASTI pula diadakan di perkarangan Surau Al Ehsan.

Tayangan video dan kuiz untuk remaja telah dikendalikan oleh Muslimat PAS Kawasan dan diadakan di dalam Surau Al Ehsan Sepekan Jaya. Kehadiaran keluarga ahli PAS Kawasan Pekan dan penduduk sekitar Sepekan Jaya dianggarkan 500 orang. Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Ehsan juga telah memberi kerjasama sepenuhnya menjayakan program ini yang mana Pengerusinya Sdr. Syed Abdul Raffar berharap program sebegini boleh diadakan lagi untuk mengikat ukhwah sesama jemaah dan kejiranan Sepekan Jaya.

UCapan Aluan program disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan dan dirasmikan oleh Mantan Muslimat PAS Pusat Hajjah Azizah Khatib Mat.

Galeri photo ;






















































































Oleh : AJK Bilik Gerakan MTD Peramu Jaya

PAS KAWASAN PEKAN ZIARAH PESAKIT DI HOSPITAL PEKAN

Pada awal Ramadhan yang lalu ahli jawatan kuasa PAS kawasan bersama AJK Muslimat dan Pemuda telah membuat lawatan dan ziarah pesakit di Hospital baru Pekan. Program Lajnah Kebajikan PAS Kawasan ini telah diketuai oleh YDP PAS Kawasan iaitu Ustaz Abu Kassim bin Abdul Manaf.

Hadiah berupa hamper diberikan kepada pesakit ketika lawatan tersebut. Selain beramah mesra dengan pesakit-p
esakit sambutan kakitangan Hospital Pekan juga amat baik kepada rombongan PAS Pekan dan sentiasa mengalu-alukan keperihatinan PAS kepada pesakit mereka.

Koleksi Photo ;









Friday, 5 October 2007

Kenapa Web Blog ini dilancarkan?

Salam buat pengundi di Parlimen Pekan dan Dun Peramu Jaya khususnya...

Kenapa web blog ini dibina?