Tuesday, 22 July 2008

CERAMAH PERDANA - 27 JULAI 2008

SATU CERAMAH AKAN DIADAKAN SEPERTI TARIKH DAN TENTATIF BERIKUT ;

TARIKH : 27HB JULAI 2008

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : MADRASAH AL HUSNA, PEKAN

PENCERAMAH : USTAZ ABDUL HAMID BIN DERANI (BEKAS AHLI UMNO), USTAZ ABU KASSIM (YDP PAS PEKAN) & USTAZ OSMAN BAKAR ( BEKAS CALON PAS PULAU MANIS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, 23 June 2008

CERAMAH UMUM PAS KAWASAN PEKAN



CERAMAH UMUM PAS KAWASAN PEKAN TENTANG ISU-ISU SEMASA

TARIKH : 28 JUN 2008 (SABTU)
WAKTU : 9.30 MALAM
TEMPAT : MARKAZ PAS KETAPANG
PENCERAMAH : YB IR. KHALID ABD SAMAD (AHLI PARLIMEN SHAH ALAM)

~ SEMUA DIJEMPUT HADIR ~

Thursday, 5 June 2008

MINYAK OH MINYAK



TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGUNDI PARTI BARISAN NASIONAL PADA PRU12. ANDA BARU SAHAJA MENERIMA HADIAH YANG TIDAK TERNILAI DAN PASTI AKAN MENGUBAH GAYA HIDUP ANDA. SEMUGA TERUSLAH KEKAL DENGAN MENGUNDI 'BARANG NAIK' DAN PASTI PELBAGAI HADIAH JUGA AKAN MENANTI ANDA PADA BULAN DEPAN DAN PASTI JULAI 2008 NANTI.

Tuesday, 6 May 2008

ALHAMDULILLAH, KAMI SELAMAT BERMUKTAMAR


4 Mei 2008, Ahad. PAS Kawasan Pekan telah selamat menjalankan tanggungjawab organisasi setelah berjaya mengadakan mesyuarat PAS Kawasan pada hari ahad 4 hb. Mei 2008.

Mesyuarat PAS kali ini ke 20 ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Y.B Hj Mahfuz bin Omar. Ketua Penerangan PAS Pusat. Seramai lebih 300 ahli pas datang bermesyuarat pada hari tersebut.

Mesyuarat bermula dengan ucapan aluan YDP PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf dan diikuti dengan ucapan perasmian YB Mahfuz Omar.

Dalam ucapan perasmian YB Mahfuz, beliau meminta semua kepimpinan dan ahli PAS bersiap sedia untuk menjadi PARTI yang menjadi tonggak orang melayu dan beragama Islam. Ini adalah kerana keputusan pilihanraya ke 12 baru-baru ini telah merubah lanskap politik orang melayu yang mana keyakinan kepada UMNO sebagai tonggak parti siasah orang melayu makin terhakis.

Justeru itu, PAS perlu bersiap sedia. Perkemaskan organisasi, semua jentera perlu turun menghadapi masyarakat. Bergaul dengan masyarakat dan adakan program yang melibatkan masyarakat setempat. Perkara ini telah dilaksanakan secara aggresif di seluruh negara dan kesannya pasti akan dapat dilihat pada PRU ke 13 nanti, INSYAALLAH.







Wednesday, 30 April 2008

AL FATHIHAH - ANAK SULONG SETIAUSAHA PAS KAWASAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Isnin, 28hb. April 2008, Anak sulong kepada Setiausaha PAS Kawasan Pekan Kapten (B) Ahiayatuddin bin Zakaria telah meninggal dunia di Hosptital Besar Kuala Lumpur jam 9.00 malam 27hb. April 2008. Kapten (B) Ahiatuddin merupakan bekas calon PAS di DUN BEBAR pada PRU 12 baru-baru ini.
Allahyarham Salihudin adalah anak sulong beliau dan berumur 18 tahun. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampong halamannya di Kg. Padang Polo, Pekan. Rombongan jenazah bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 8.00 pagi dan sampai ke Pekan pada jam 12.15 tengahari. Jenazah terus dibawa ke Surau Kg. Padang Polo, Pekan dimana semua ahli PAS, saudaara-mara dan masyarakat kampong telah menunggu disitu sejak pagi lagi.

Solat Jenazah diketuai oleh YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf dan jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Padang Polo sekitar jam 1.15 tengahari.










Thursday, 27 March 2008

MAJLIS KESYUKURAN UPU LANGGAR

Satu lagi kenduri kesyukuran diadakan di DUN Peramu Jaya dan kali ini di UPU Langgar pula.
YDP PAS Kawasan Pekan merangkap bekas calon N.21 DUN Peramu Jaya, Ust. Abu Kassim Bin Manaf telah menghadiri ke majlis kesyukuran dan meraikan petugas-petugas PAS bagi UPU Langgar. Majlis ini diadakan di Markas PAS Cawangan Shahbandar bermula dengan solat maghrib.
Kemudian, ia disusuli dengan solat hajat, tahlil, penyampaian tazkirah dan diakhiri dengan solat insyak. Seramai lebih kurang 50 orang petugas-petugas PAS PRU12 telah hadir ke majlis ini.
Seterusnya, para jemaah telah dihidangkan dengan hidangan 'buffet' yang disediakan. Selepas menjamu selera, pihak UPU Langgar telah mengadakan tayangan LCD ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di Kedah bersempena dengan kemenangan PAS di negeri itu.
Kami di sini mendoakan agar negeri kami iaitu Pahang juga akan dapat diperintah oleh PAS pada PRU akan datang agar dapat didaulatkan Islam seluruhnya. Amin Ya Rabbal A'lamin...







YDP PAS Kawasan Pekan, Ust. Abu Kassim Manaf sedang menyampaikan tazkirah sempena berakhirnya PRU12 yang lalu.


Dari kiri: Hj. Alif, En. Abd Rahim (Setiausaha MTD Peramu Jaya) dan Ust. Abu Kassim sedang berbincang selepas menikmati hidangan yang disediakan.


Ust. Abu Kassim Manaf (kiri sekali) turut menonton tayangan LCD bersama ahli-ahli PAS yang lain.

Tuesday, 25 March 2008

KENDURI KESYUKURAN DI UPU KETAPANG






Bekas calon DUN Peramu Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Pekan, Ust. Abu Kassim bin Manaf telah menghadiri ke majlis meraikan petugas-petugas PAS di UPU Ketapang. Majlis ini bermula pada jam 9.30 malam bertempat di Markas Ketapang Hilir. Para tetamu dijamukan dengan masakan ikan dan ayam BBQ.



Ketua PAS Cawangan Ketapang, Ust. Mohd Iqbal (berbaju merah), Ust. Abu Kassim (berjubah hijau) dan Setiausaha MTD Peramu Jaya, En. Abd Rahim (kanan sekali) dilihat sedang menjamu selera bersama-sama.


Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan, Dr. Harison (duduk tengah) turut hadir di majlis tersebut.

Saturday, 22 March 2008

KENDURI KESYUKURAN DI KUALA PAHANG






Walaupun Keputusan PRU12 di kawasan Pekan tidak begitu membanggakan, ahli-ahli PAS di sini tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran untuk petugas-petugas.

Baru-baru ini, UPU Kuala Pahang telah mengadakan kenduri kesyukuran di markas cawangan Kuala Pahang. Sebanyak seekor lembu telah dikorbankan dan ramai petugas PAS PRU12 telah hadir. Majlis dimulakan selepas solat Jumaat di Masjid Kuala Pahang.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah bekas calon DUN Peramu Jaya Ust. Abu Kassim Manaf, calon DUN Bebar Kapt (B) Ahiatudin Daud dan calon DUN Pulau Manis Ust. Othman Bakar. Gambar-gambar di atas dapat dijadikan sebagai kenangan untuk dikongsi bersama.

KENDURI KESYUKURAN DI KUALA PAHANG

Wednesday, 12 March 2008

PENGUNDI PEKAN TERSILAP KERANA TIDAK MEMILIH PERUBAHAN


PRU12 baru sahaja melabuhkan tirai. Keputusan mengejutkan diperingkat negara telah menggamit suasana yang hiruk-pikuk dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. 3 orang Presiden Parti Komponen tumbang dan ramai Menteri Kabinet tersungkur dikaki Barisan Rakyat. Inilah padahnya, apabila mereka menolak Islam dan mencabuli demokrasi yang mereka sendiri menerimanya.

Keputusan di Pekan memihak kepada UMNO. Dato' Seri Najib berbangga kerana mendapat keputusan yang lebh baik berbanding PRU 11. Dengan majoriti lebih 26,000 Najib dah kira boleh eksyen dengan Paklah yang hanya mendapat majoriti setakat 11,000 undi sahaja. Pengundi PEKAN masih ramai yang lemah dalam percaturan politik apabila masih memilih pemimpin yang korupsi dan gila kuasa sedang saudara kita di Kelantan, Selangor, negeri-negeri di Utara telah memilih untuk berubah kepada kepimpinan yang bersih, amanah dan bekerja untuk rakyat dan negera.

Jentera PAS di Pekan pada awalnya merasa sangat kecewa dengan keputusan yang memihak kepada UMNO. semua 4 dun dipulun mereka. '1 Dun pun tak sangkut', kata orang Pekan. Namun selepas jam 8 malam, suasana berubah di Pejabat MTD Peramu Jaya. Sorakan dan Takbir bergema di Pejabat MTD Peramu Jaya apabila seorang demi seorang calon PAS, PKR dan DAP menang dalam percaturan pilihanraya kali ini. Keputusan Kelantan menang besar, Kedah jatuh ke tangan PAS, DAP ambil alih Penang, dan yang mengejutkan lagi Selangor dan Perak menjadi hak milik Barisan Alternatif betul-betul mengejutkan Jentera Pilihanraya PAS Pekan yang telah letih bertarung dengan Jentera Najib yang terkuat di Malaysia dan kecewa dengan kemenangan Najib dan konco-konconya di Pekan. Kami merasa seronok kerana dapat mengangkat muka hari esoknya kerana BA menang besar diperingkat negara sekalipun diperingkat kawasan kami, Najib masih menang.

Kami menunggu keputusan hingga 3.30 pagi. Sekejap mengadap TV dan sekejap berlari ke komputer-komputer untuk melihat keputusan dan maklumat di internet. Itulah senario dan pengalaman pilihanraya yang paling manis dalam hidup kami. Biar pun kalah dikampung sendiri tetapi kami menang digelanggang negeri jiran kami.


TAHNIAH buat Tok guru di Kelantan, Ustaz Azizan di Kedah, Tan Sri Khalid di Selangor dan Ustaz Ahmad Awang di Perak. Juga sekalong tahniah buat Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi di Terangganu kerana berjaya memimpin PAS hingga sampai ketahap ini.

Kami yakin, ini adalah gelombang permulaan. Pastinya kita akan lihat PRU13 akan menyaksikan perubahan besar pula di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Ramai pengundi atas pagar merasa terkilan kerana tidak dapat mengikut jejak negeri yang telah menang. Tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi tunggulah minyak naik nanti.

Kepada calon pilihanraya di Pekan, Sdr. Khairul Anuar (Parlimen Pekan), Ustaz Abu Kassim (Peramu Jaya), Kapten (B) Ahiatuddin (Bebar), Ustaz Ahmad Othman (Pulau Manis) dan Ustaz Fadhilnor (Chini) jangan lah merasa kecewa. Kuatkan langkah kita, kami Jentera parti akan tetap berdiri teguh untuk terus menggempur kubu UMNO di Pekan ini dan bersedia bekerja sehingga mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah.

Jentera kami menjadi makin kuat dengan keputusan PRU12 ini. Kerja untuk menang perlu dilaksanakan bermula hari ini hinggalah hari mengundi PRU13.

Takbir..Allahuakbar

Monday, 3 March 2008

KEMPEN NAJIB 2004 BELUM DITUNAIKAN - TENAGA KERJA KILANG KERETA PEKAN KECEWA LAGI!



PILIHANRAYA 2004 (PRU11), NAJIB BERKEMPEN BEGITU HANGAT DENGAN MASUK KE SEMUA KILANG-KILANG YANG ADA DI PEKAN. TAK CUKUP DENGAN ITU, NAJIB MASUK KE KAMPUNG2 UNTUK BERTEMU DENGAN PEKERJA INI DISEBELAH MALAM UNTUK BERKEMPEN.

MAKA MENJAJALAH NAJIB PADA MASA ITU..." SAYA AKAN PASTIKAN SYARIKAT KITA AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH, DAN DENGAN MENDAPAT KEUNTUNGAN LEBIH MAKA SOAL KENAIKAN GAJI, SOAL BONUS, SOAL KEBAJIKAN AKAN TERJAMIN. SUNGGUH MENAKJUBKAN JANJI NAJIB KETIKA ITU, MEREKA YANG MENDENGAR PASTI AKAN TERTARIK. AKHIRNYA, KEPUTUSAN PRU11 MELIHATKAN KEMENANGAN NAJIB DENGAN MAJORITI YANG BESAR HASIL SEBAHAGIANNYA ADALAH UNDI KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN DAN JUGA UNDI TENTERA KEM BATU 10 GAMBANG.

TAPI 4 TAHUN TELAH BERLALU. NASIB KAKITANGAN KILANG KERETA DI PEKAN LANGSUNG TIDAK TERBELA. GAJI MEREKA TELAH BEBERAPA TAHUN TIDAK NAIK, GAJI STATIK TETAPI HARGA BARANG KEPERLUAN TERUS NAIK. BONUS YANG DULU DINIKMATI SEKURANG-KURANG SEBULAN TERUS TIADA BAYANGNYA. KINI SUDAH MASUK TAHUN KETIGA GAJI TAK NAIK DAN BONUS PUN TIADA. ITULAH NASIB PENGUNDI NAJIB YANG MEMBELI JANJI NAJIB DENGAN UNDI-UNDI MEREKA. NAMUN JANJI TELAH DIBAYAR TETAPI BARANGAN YANG DIBELI MASIH BELUM DITERIMA.

BARU-BARU NAJIB MEMBERANIKAN DIRI DATANG LAGI KE KOMPLEKS KILANG KERETA DI PEKAN. DENGAN UMPAN ORANG BULAN, MAKA NAJIB MENGIMPORT PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAN KAKITANGAN KILANG KERETA YANG TERPILIH UNTUK SEKALI LAGI MENJAJA JANJI. MENGIKUT CERITA KAKITANGAN KILANG KERETA YANG DITEMUI, PENGURUSAN SYARIKAT TELAH AWAL LAGI MEMBUAT 'WARNING' KEPADA SEMUA PEKERJA YANG TERPILIH SUPAYA TIDAK MENUNJUKKAN SIKAP BURUK KEPADA NAJIB SEPERTI 'BOOOO' DAN MEMBUAT BISING KETIKA NAJIB BERUCAP. SEBENARNYA KEJADIAN INI PERNAH BERLAKU DI KILANG MEMBUAT LORI TEMPATAN. NAJIB PERNAH DI BOOO OLEH KAKITANGAN PADA SATU MAJLIS BESAR PERASMIAN JENAMA BARU KENDERAAN DISITU. NAJIB BETUL-BETUL SERIK DENGAN PEEL PEKERJA INI.
PENGURUSAN SYARIKAT MELETAKKAN SEORANG EKSEKUTIF DISETIAP MEJA KAKITANGA BIASA INI UNTUK MENANGKAP SESIAPA YANG MEMBUAT ONAR KEPADA MAJLIS NAJIB. BEGITU SEKALI NASIB ORANG YANG MUNGKIR KEPADA JANJI MEREKA.

HASIL BORAK-BORAK DAN CERITA KAKITANGAN BAWAHAN, MEREKA AKAN MELAKUKAN SILENT PROTEST KEPADA NAJIB DAN PENGURUSAN KILANG. MEREKA AKAN MENGUNDI BARISAN ALTERNATIF KALI INI. MEREKA TIDAK DAPAT BERSABAR LAGI. RAKAN MEREKA RAMAI YANG TELAH KEHILANGAN KERJA KERANA KILANG TUTUP. ADA 4 BUAH KILANG YANG DULUNYA BERNAUNG DIBAWAH SYARIKAT BESAR KILANG KERETA INI TUTUP BEGITU SAHAJA. HAMPIR 400 ORANG KEHILANGAN KERJA YANG SEBAHAGIAN BESARNYA ANAK PEKAN JATI. NAMUN, AHLI PARLIMEN MEREKA TIDAK MEMBUAT APA-APA. JANJI MASIH BELUM DITUNAIKAN...

" KAMI AKAN MEMBUAT SILENT PROTEST(PROTEST

Saturday, 1 March 2008

Friday, 29 February 2008

ZIARAH PENGUNDI DUN PERAMU JAYA

CALON PAS N21, USTAZ ABU KASSIM MANAF MEMBUAT LAWATAN BERTEMU DENGAN PENGUNDI DISEKITAR LOKALITI DUN PERAMU JAYA. ANTARA TEMPAT YANG TELAH DIZIARAHI BELIAU IALAH PASAR RABU, PUSAT PERNIAGAAN BANDAR PEKAN, PASAR PEKAN, SEKOLAH-SEKOLAH, PEKAN SEHARI ERAMU JAYA 3, KUALA PAHANG DAN BANYAK LAGI.

SAMBUTAN PENGUNDI KEPADA CALON PAS BEGITU BAIK SEKALI. INI ADALAH PETANDA YANG SANGAT BAIK APABILA RAKYAT MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI KEPADA TINDAKAN KERAJAAN YANG SANGAT MENGHIMPIT KEHIDUPAN MEREKA. KETIDAKPUASAN INI DIBANGKITKAN KETIKA PERTEMUAN USTAZ ABU KASSIM DENGAN PENGUNDI-PENGUNDI. ISU HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK MENJADI TAJUK UTAMA. ISU-ISU LAIN JUGA DILUAHKAN ANTARANYA ISU KESELAMATAN, PENIPUAN KEMENTERIAN PELAJARAN TENTANG YURAN SEKOLAH, GEJALA SOSIAL ANAK MUDA DAN BANYAK LAGI.

PHOTO UNTUK DIKONGSI BERSAMA;